blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

MUSA HASSAN Disaman RM100 JUTA

Friday, January 4, 2013

SHAH ALAM, 4 Jan -- Bekas anggota Majlis Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Robert Phang bersama peguamnya S N Nair (kanan) sebelum memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Saman itu difailkan melalui Tetuan S N Nair and Partners di kaunter pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Phang mendakwa Musa telah memfitnahnya dalam satu sidang akhbar Mywatch, Dìsember tahun lalu.


Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

ISU KUBUR Islam PENGERANG : MUFTI Johor MINTA MAAF




Majlis amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur islam untuk pembangunan hub minyak dan gas (RAPID) kawasan Pengerang telah diadakan di kampung Teluk Empang pada jam 2.30 petang tadi.

Kehadiran Mufti negeri Johor amat di nanti-nantikan oleh sebilangan besar penduduk bagi mendapatkan penjelasan penuh terhadap kecuaian yang telah di lakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor dan kontraktor yang di lantik.Semasa di dalam ucapan taklimat oleh Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) Tuan Haji Rashid, beliau memberitahu bahawa kerja-kerja pemindahan kubur islam tidak berwaris telah di lakukan secara sempurna dan mengikuti hukum syarak serta fatwa yang di keluarkan oleh Mufti.

Beliau menambah bahawa sebagai pelaksana yang bertanggung jawab, beliau telah dan sentiasa mematuhi ketetapan serta mendapat tunjuk ajar dari pihak mufti sendiri. Haji Hasnul Bin Ahmad, anak jati kelahiran Pengerang telah mendedahkan perkara sebenar akan kejadian di mana berlaku banyak kecuaian yang dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ) selaku agensi pelaksana projek pemindahan kubur Islam semasa menggali perkuburan Islam tanpa waris di Kampong Jawa dan di Kampong Sebong.

Beliau mendedahkan bahawa, pelaksana dengan secara sengaja tidak menghormati jenazah dengan melakukan pengurusan lebih teruk dan buruk . Nilai etika kemanusiaan telah hilang dan taraf jenazah Islam lebih rendah dari haiwan peliharaan.

Beliau memberitahu bahawa syarat yang telah di tetapkan Mufti negeri Johor tidak tepati oleh pelaksana. Pengkebumian mayat-mayat yang di gali sama keperluan dan peraturan bagi mengebumikan jenazah yang baru meninggal dunia. Beliau menambah adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan tertibnya proses pemindahan kerana ianya adalah fardu kifayah buat semua umat Islam.

Beliau menggesa agar Mufti Johor memberhentikan serta-merta kerja-kerja penggalian semula perkuburan Islam samada perkuburan yang berwaris atau tidak berwaris. Mufti Negeri Johor, Datuk Tahrir di dalam ucapannya menggariskan panduan-panduan dan peraturan khusus bagi melaksanakan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur islam. Beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) dan kontraktor yang di lantik agar memastikan semua syarat-syarat dipatuhi.

Disamping itu beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) agar membina perparitan di kawasan perkuburan baru di kampong Punggai di sebabkan perkuburan baru tersebut becak dan air bertakung. Pihak pelaksana juga di minta agar membina pagar di perkuburan baru agar binatang liar tidak menceroboh dan manggali perkuburan. Kemudahan jalan masuk juga hendaklah di turap jalan tar. Kawasan perkuburan baru juga di minta agar di tanam dengan pokok-pokok dan lanskap setelah tinjauan di buat oleh beliau mendapati perkuburan tersebut ibarat padang jarak padang terkukur.

Sehubungan dengan insiden yang berlaku, Mufti Johor akan memastikan kerja-kerja pemindahan kubur di tangguhkan sehingga segala permasalahan selesai. Beliau telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk islam di Pengerang dan terhadap kecuaian yang telah berlaku hingga menyebabkan kemarahan penduduk.

Kapten Husnul Ahmad
Naib Pengerusi
Gabungan NGO Pengerang
3hb Januari 2013
ditulis di Kampung Teluk Empang,Pengerang 3hb Januari 2013
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks