blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Saturday, May 4, 2013

HUJAN LEBAT Landa KONSERT BN MUAR


Banner Himpunan Anak Muar di dalam kelebatan hujan dan angin kuat.


Malam tadi berlangsungnya program Himpunan Anak Muar anjuran Barisan Nasional di Stadium Sultan Ibrahim kepada anak-anak muda Muar untuk memperkenalkan calon-calon BN Muar dan seperti biasa, pengisisan program BN kali ini turut menyajikan hiburan konsert para artis kepada anak-anak muda Muar.

Himpunan Anak Muda ini juga dikatakan merupakan salah satu pengisian kempen Dato Razali Ibrahim di Parlimen P146 Muar ini.

Orang ramai bersesakan melindungi diri ke dalam khemah berhampiran pentas.

Walaupun segala perancangan yang dilakukan rapi, namun perancangan Allah lebih besar. Konsert yang dimulakan seawal jam 8.00 malam dan dijangka tamat pada jam 11.30 malam tidak kesampaian. Selepas konsert dimulakan dan dihentikan sebentar pada jam 9.00 malam untuk memperkenalkan calon-calon BN, akhirnya konsert disambung semula pada sekitar jam 10 malam.

Bagaimanapun selepas sekadar mempersembahkan dua lagu, hujan turut mencurah-curah dengan lebatnya. Peserta yang menghadiri konsert itu semua berlari ke dalam khemah peniaga berhampiran pentas. Kerana hujan dan angin kuat berterusan tidak berhenti, akhirnya para peserta mula beransur keluar meninggalkan program yang masih berlangsung. Sebenarnya kehadiran orang ramai pada malam tadi tidaklah seramai mana jika tidak ada 'arahan' kepada beberapa peserta untuk 'hadir wajib' ke program tersebut.



Antara artis jemputan yang sepatutnya membuat persembahan.


Jika BN Muar mampu mengumpulkan seluruh anak muda Muar, mengapakah program itu tidak diadakan di dalam ruang padang Stadium Ibrahim yang ruangnya lebih luas dan besar, tetapi hanya diadakan diluar kawasan padang?. Pastinya jika diadakan di dalam Stadium Ibrahim itu sendiri, akan nampak jelas kehadiran orang ramai pada malam tadi tidaklah seramai mana.

Kepada rakyat Muar ayuh kita buat perubahan. Khasnya kepada anak muda Muar yang hadir ke program malam tadi kerana 'dipaksa', sedangkan dalam hati mereka muak dengan pengisian dan hiburan konsert setiap kali BN hendak menarik orang ramai.

Ini kali lah!. Tukar! #Hizwan4Muar


Kredit Gambar kepada anak-anak muda Muar yang meluat dengan kempen konsert hiburan BN.
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

3 comments:

shamil basayef said...

Ayuh anak-anak kita tukar kerjaan tolak BN. Semuga Hizwan akan memenangi parlimen Muar.

baretta said...

Syukur Alhamdulillah.... Semoga BN LINGKUUUUPPPP!!!!!

XUMNO said...

Apalah sebabnya kebelakangan ini Alam cukup kejam terhadap mana2 perhimpunan Umno? Macam nak bagitau sesuatu kepada puak2 ni. Takut2 kalau masih tak sedar ada yang mati kena panah petir atau di hempap tiang letrik ke atau poko besar.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks