blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Friday, April 19, 2013

TERKINI : Saksi VIDEO FITNAH Anwar DITAHAN POLIS



KUALA LUMPUR : Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah. (Salah seorang saksi yang ditahan ialah Lt-Colonel Jehismail Jehmong).

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, sebentar tadi.

Dua saksi berkenaan terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan kepada Keadilandaily, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.

Keadilan Daily sedang mengikuti perkembangan terkini berhubung tangkapan tersebut.
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks