blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Tuesday, February 12, 2013

BUAYA TERBESAR Mati Di Filipina



Buaya terbesar di dunia telah mati semalam selepas mengalami sakit daripada virus perut. Binatang seberat satu tan yang dinamakan Lolong itu, terbalik ke belakang dengan perut kembung di dalam sebuah kandang di selatan Filipina semalam selepas dijangkiti virus sejak minggu lepas.

Berita kematian haiwan ini merupakan satu kejutan besar di Bunawan - kawasan di mana terletaknya pusat eko-pelancongan yang menjadi penempatan haiwan ini. Buaya berusia 50 tahun ini berjaya ditangkap selepas beberapa kes kematian daripada serangan buaya.

Besar ... panjang buaya ini melebihi enam kaki.


Penduduk tempatan bersedih kerana kematiana Lolong - yang memberikan sumber pelancongan kepada bandar kecil Filipina ini.

Datuk Bandar Edwin Cox Elorde berkata: "Seluruh bandar, atau sebenarnya seluruh wilayah, sedang berkabung. Telefon saya tidak berhenti berdering kerana ramai orang mahu menyampaikan rasa kesedihan mereka."


Tragis ... salah seorang penduduk cuba untuk mengekalkan keadaan badan buaya dengan ais


Dalam satu sidang media semalam Encik Elorde bercakap dalam nada sebak letika memaklumkan bahawa penduduk bandar ini menganggap buaya itu bukan sekadar binatang tetapi adalah "anak angkat".

World Guinness Record telah mengisytiharkan bahawa Lolong adalah buaya air masin terbesar tahun lepas, selepas mengesahkan ukuran badannya 6.17 meter.

Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks