blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Thursday, January 3, 2013

SIRI 1 KEMBARA MEMALI : 'Mengapa hanya 13 Nesan?'


Penulis bersama Abdullah Umai


20 Disember 2012, kami tinggalkan Putrajaya jam 6.45 pagi menuju ke Parit Panjang. Misinya ingin melihat, memburu, mencari;

a. Pusara As Syahid Ibrahim Libya dan pengikutnya.
b. Mencari mangsa yang terlibat dan masih hidup bagi mendapatkan maklumat secara lisan dna bertentang mata.
c. Mengumpul fakta dari masyarakat setempat dan sezaman dengan tragedi berdarah Memali
d. Menemui Tuan-tuan Guru Pondok yang berada di daerah Baling, Sik dan kawasan sekitarnya.


Menuju ke Parit Panjang, berdasarkan segala maklumat yang dikumpul, paling sesuai kami keluar lebuhraya Kuala Kangsar dan menuju ke Parit Panjang melalui jalan ke arah Grik.

Sesudah beberapa kali berhenti dan bertanyakan penduduk kampung, kami akhirnya sampai di Parit Panjang kira-kira pukul 1.52 petang. Berdekatan bulatan besar dan ada stesen minyak Petronas (Jika anda pernah sampai ke sini, pasti anda tahu keadaan ini). Saya berhenti di tepi jalan, menahan seorang anak muda lengkap berserban  menaiki motosikal. Saya memperkenalkan diri  dan anak muda itu bernama Abdullah Umai.

Dia akhirnya menunjukkan pusara As Syahid Ibrahim Libya



Bawah rimbunan pokok bunga yang besar dan kawasan berpagar itulah pusara mangsa Tragedi Memali


Kami sekeluarga ke pusara As Syahid Ibrahim Libya. Perasaan saya bercampur baur. Tiada perkataan untuk digambarkan dan tiada warna dapat diukiskan.

Ketika anak-anak sibuk bertanya

“Abah! Ramai nie! Mana As Syahid Ibrahim Libya?!”


Setiap nesan berpenghuni Tragedi Memali, 13 jasad disemadikan di sini.

Saya tidak ada jawapan kerana saya sendiri tidak mengetahui mana satu nesan As Syahid Ibrahim Libya. Bertafakur, menghadiahkan Al-Fatihah dan sedikit ayat-ayat suci Al-Quran yang lain.

Dalam fikiran saya, ada banyak benda tetapi tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Sementara soalan anak-anak tidak berjawab. Saya mengira jumlah nesan yang disemadikan sebaris itu; hanya 13 sahaja.

Sedangkan mangsa yang terbunuh di pihak pengikut As Syahid Ibrahim Libya, jumlahnya seramai 14. Mana perginya satu mangsa lagi, di mana di kebumikan?.



Catatan awal dari maklumat Kak Ana




Kami makan nasi di kedai makan depan Petronas Parit Panjang. Melihatkan kami sekeluarga sebagai orang luar. Ianya jelas dari segi gaya bahasa dan loghat. Saya anak Johor dan isteri anak Selangor. Pemilik kedai bernama Kak Ana begitu meriah melayan kami sekeluarga. Sementara saya juga menunggu kedatangan  Ustaz Fakhrulrazi (Individu yang diberikan nombornya oleh Ustaz Sukiman bagi memudahkan perjalanan)


Berdekatan kedai Kak Ana ada Masjid Tuan Guru Omar Zuhdi dan sebuah Maahad Tahfiz

Kak Ana

Manakala mendengar kedatangan kami bertujuan menziarah pusara As Syahid Ibrahim Libya, Kak Ana juga riuh bercerita. Antara kenyataan yang diberikan:

“Sini orang tau! Hak keluaq tv tu, semua tipu!. Saya ada saudara yang keja pasukan keselamatan. Dia masa tu jadi driver …… jadi masa tu bawak lori pasukan.., dia bawa. Sekarang taubat dah! Ikut PAS!”

Saya mendengar kenyataan Kak Ana dengan teliti dan kemudian mencatatnya. Pun demikian apabila bercakap tentang kekuatan PAS di sini. Ianya memang agak selesa. Sepanjang jalan utama menuju ke Parit Panjang, bulan putih berkibar megah di sepanjang jalan. Saya haqqul yakin “mana tanah pernah basah darah syuhada, di situ Islam akan menang!”

Insya' allah!

Bertemu SIRI 2 KEMBARA MEMALI (Menggali kebenaran yang tertimbus)


Siri catatan perjalanan Sdr Zharulnizam Shah ZA ke Memali baru-baru ini turut dicatatkan di dalam blog beliau Pujangga Seni. 
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks