Antara gambar yang tersebar baru-baru ini.
Nampaknya gambar-gambar berkaitan Condom Fashion Show yang diadakan di Melaka tersebar di internet. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada gambar-gambar ini adalah gambar acara yang pernah dilakukan pada tahun 2011 ataupun baru dilakukan baru-baru ini.
Pusat Membeli Belah Dataran Pahlawan Melaka pernah mengadakan pertandingan feshen kondom ini pada sekitar Mac 2011. Walaupun tujuan acara ini menggalakkan penggunaan kondom bagi mengelakkan AIDS/HIV namun ia agak sensitif untuk diadakan di negara Islam Malaysia.
Dataran Pahlawan Condom Fashion Show pada 2011
Jika gambar-gambar yang tersebar ini adalah gambar lama, mungkin ada pihak yang sengaja ingin memainkan isu lama bagi memalukan kerajaan negeri Melaka menjelang PRU 13 tidak lama lagi. Alangkan isu Amanat Haji Hadi yang 30 tahun dulu pun boleh ditimbulkan semula... setakat gambar seperti ini apalah sangat...

1 comments:
Promote zina
Post a Comment