GEORGE TOWN, 2 Jan -- Dua penunggang motosikal cedera dan seorang lagi selamat setelah sebuah lori yang membawa muatan pasir merempuh tiga buah motosikal di lampu isyarat Jalan Gelugor di sini hari ini.
Menurut seorang mangsa yang selamat, Mohamed Nasir Abdul Rahman, 40, beliau bersama dua lagi mangsa menunggu di lampu isyarat yang menunjukkan lampu merah, tiba-tiba sebuah lori yang datang dari arah belakang merempuh mereka dan mengheret motosikal mereka sehingga 100 meter.
Mohamed Nasir Abdul Rahman
Dalam kejadian tersebut dua penunggang motosikal cedera dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Pemandu lori berkenaan juga dihantar ke Hospital Pulau Pinang akibat cedera dipukul oleh orang ramai.


0 comments:
Post a Comment