blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Saturday, January 26, 2013

NELAYAN Ceritakan Detik PERTEMUAN Mayat WILLIAM



Nelayan Satarudin dan Yusof.



PELABUHAN KLANG: Dua nelayan di jeti Kampung Sireh ada terbaca tentang berita kehilangan seorang kanak-kanak lelaki yang telah hilang, dan sebaik mereka menjumpai mayat seorang kanak-kanak terapung di sebelah bot, hati mereka menjadi luluh kesedihan.

"Tiada kanak-kanak harus meninggal dunia seperti ini," kata Satarudin Kamal, 45 tahun.

Satarudin dan rakannya Yusof Osman, 53, telah pergi ke jeti untuk memeriksa keadaan bot mereka selepas jam 6 petang pada hari Khamis lalu, dan terkejut apabila menemui mayat seorang budak yang sudah reput terapung sebelah botnya.

Nelayan-nelayan di kawasan itu turut merasa sedih sebaik mengetahui bahawa mayat yang ditemui itu adalah mayat seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang hilang, William Yau Zhen Zhong.

"Kami ada terbaca mengenai kehilangan William dalam akhbar dan apabila kami menemui mayat itu, hati kami menjadi sayu dan sedih.

"Ibu bapanya pasti sangat sedih, dan kami dapat merasakan kesedihan mereka," kata Satarudin.

Yusof turut menceritakan bagaimana mereka mengikat mayat itu pada jeti untuk mengelakkannya daripada dibawa arus.

Mereka kemudian dengan segera melaporkan perkara itu kepada Polis Pelabuhan Klang, yang kemudiannya tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 8:00 malam bersama pasukan forensik.

"Mayat itu telah dibawa ke hospital pada kira-kira jam 10:00 malam selepas pasukan forensik selesai melakukan siasatan mereka," kata Yusof.

Satarudin berkata mayat kanak-kanak itu adalah mayat kedua yang ditemui di jeti ini tahun ini.

Mayat pertama, iaitu mayat seorang lelaki bertatu ditemui pada 4 Jan lalu.


Siasatan forensik: Anggota Polis diberi taklimat di tempat pertemuan mayat William di Pelabuhan Klang.


"Tahun lepas sahaja kira-kira lapan mayat ditemui di jeti ini," tambah Satarudin.

Yusof berkata, 16 mayat telah ditemui terapung di sekitar jeti sama dalam tempoh kurang daripada 10 tahun.
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

1 comments:

Arya Teja said...

Salam.
Tuan minta pautan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam senarai BLOG POLITIK POPULAR. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks