KOREA SELATAN - Gain, seorang anggota kumpulan K-pop wanita
Brown Eyed Girls telah menyebabkan seorang komposer Korea Selatan popular yang juga seorang pemain piano You Hee-Yeol berdarah hidung.
Penyanyi wanita itu tampil sebagai tetamu di sebuah rancangan TV
You Hee-Yeol's Sketchbook edisi Krismas. Gain telah menyanyikan lagu duet popular 'The Gaze' yang dinyanyikan bersama Yoon Jong-Shin.
Pakaiannya yang mendedahkan bahagian belakang tubuh telah menarik perhatian penonton dengan persembahan tarian tiang sebelum dia memulakan nyanyian.
Walaupun menyanyikan lagu duet, namun tiada interaksi di antara Gain dan Yoon yang duduk di satu sudut pentas. Sebaliknya penyanyi wanita berusia 25 tahun ini menggoda pengacara yang sedang bermain piano.
You Hee-Yeol's Sketchbook mula bersiaran pada tahun 2009 dan merupakan satu program bual muzik pengacara dengan tetamu jemputan yang turut membuat persembahan secara langsung. Ia disiarkan di KBS 2TV selepas tengah malam setiap hari Jumaat.
Saksikan rakaman itu di bawah !