blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

TERTIMBUS Runtuhan Tanah, Pekerja Kontrak MAUT

Thursday, December 27, 2012
SUNGAI PETANI, 27 Dis -- Pekerja kontrak yang dikenali sebagai S. Saravanan tertimbus akibat runtuhan tanah sewaktu menjalankan kerja-kerja pemasangan paip saluran kumbahan di kawasan taman perumahan Ambangan Heights di sini hari ini.


Mayatnya berjaya dibawa keluar kira-kira pukul 12.32 tengahari sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat.


Kredit : Bernama
Read Full 1 comments

Kronologi PAK YAH Ditangkap Dan Dibebaskan - Isu GALI KUBUR PENGERANG



Pada tengah hari 26hb Disember 2012, Gabungan NGO Pengerang (GNP) telah dimaklumkan bahawa seorang penduduk Pengerang, Yahaya Bin Abd Hamid, atau lebih dikenali sebagai Pak Yah, telah ditahan Polis pagi semalam.

Beberapa orang wakil GNP telah hadir ke Balai Polis Sungai Rengit apabila dimaklumkan mengenai perkara ini. Pada lebih kurang jam 1 petang, Pak Yah dilihat dibawa ke kereta polis, dan pegawai polis memaklumkan kepada pihak kami bahawa dia akan dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Mengikut makluman daripada pegawai siasatan, pihak polis telah menerima aduan daripada seorang kontraktor yang bertanggungjawab atas pemindahan perkuburan Islam, bahawa pada 25hb yang lalu, Pak Yah telah dikatakan membuat ugutan terhadapnya di tanah perkuburan Islam di Kampung Punggai. Berdasarkan laporan tersebut, pihak polis telah menahan beliau. Kami kemudiannya menghubungi En. Mat Bin Daud, atau lebih dikenali sebagai Pak Yusof yang turut menemani Pak Yah pada ketika pertengkaran itu berlaku. Menurut Pak Yusof, Pak Yah memang bertengkar dengan kontraktor tersebut, akan tetapi tiada ugutan yang dibuat oleh Pak Yah.

Ketika kejadian itu berlaku, Pak Yah bersama lima orang rakan dari GNP sedang membuat pemerhatian terhadap kerja-kerja pemindahan kubur, dan kebetulan beliau mendapati kubur neneknya turut dipindahkan ke tapak perkuburan baru tanpa pengetahuan beliau.

Kerana merasa sedih, ketika beliau ingin meninggalkan tapak perkuburan, seorang pegawai yang bertanggungjawab dalam pemindahan kubur ini menampilkan diri untuk bertanya berkenaan perkuburan baru, Pak Yah sekadar membalas "Ini kubur nenek saya,....mengapa kamu membuat demikian?.....bukankah cuma memindah kubur yang tiada waris?".

Berdasarkan apa yang disaksikan oleh mereka, Pak Yusof dan rakan-rakan telah pergi ke Balai Polis Sungai Rengit pada jam 4 petang untuk membuat laporan polis .

Namun demikian, pegawai polis enggan menerima laporan polis tersebut dan mencadang supaya hanya seorang dari kumpulan mewakili rakan-rakan yang lain untuk membuat laporan polis. Pak Yusof bersetuju dengan candangan tersebut dan dalam laporan polis tersebut, beliau telah menyatakan bahawa beliau merupakan saksi dalam pertengkaran tersebut. Beliau turut menjelaskan apa yang berlaku ketika pertengkaran antara Pak Yah dengan wakil kontraktor tersebut.

Selepas Pak Yusof membuat laporan polis, kelima-lima orang ahli GNP bertolak ke IPD Kota Tinggi untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang Pak Yah. Sebaik tiba ke IPD Kota Tinggi pada jam 5 petang, mereka tidak dapat bertemu dengan pegawai siasatan dalam kes ini dan terpaksa menunggu sehingga jam 8.15 malam. Pegawai siasatan mengambil masa kira-kira 3 jam untuk mencatat testimoni dari setiap saksi dalam insiden tersebut.

Kami dimaklumkan oleh pegawai polis bahawa Pak Yah sedang disiasat dibawah Seksyen 506 (ugutan jenayah) Kanun Keseksaan dan beliau akan ditahan sehingga hari esok.

Hari ini 27hb Disember 2012, lebih kurang jam 10 pagi Pak Yah telah diikat jamin oleh seorang ahli GNP, Yahya Bin Maspie dan telah dibebas.

Gabungan NGO Pengarang amat mengambil berat terhadap dua kes penangkapan berkenaan kubur nenek moyang yang dipindahkan ini.

Dalam kes pertama yang berlaku pada 5hb bulan ini, seorang penduduk Kampung Sungai Kapal, En.Hong Lai Hock telah ditahan Polis selama 12 jam kerana disyaki membuat ugutan terhadap Kontraktor DIALOG, sedangkan pada bulan Februari lepas En. Hong juga telah membuat laporan berkenaan kubur neneknya yang dipindahkan tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun sehingga kini tiada tindakan selanjutnya oleh polis dalam hal ini. Insiden semalam merupakan kes penangkapan kedua. Gabungan NGO amat mempertikaikan perbuatan polis yang cuma mengambil tindakan terhadap pihak wari yang kubur nenek moyangnya yang digali, tetapi tiada tindakan terhadap pihak yang menggali kubur.

Kapten Haji Hasnul Bin Ahmad
Naib Presiden
Gabungan NGO Pengarang
27hb Disember 2012
Read Full 0 comments

George BUSH Dimasukkan Ke ICU


Bekas Presiden George H.W. Bush tersenyum ketika mendengar calon presiden Republikan Mitt Romney berucap ketika bertemu  untuk mendapat pengesahan rasminya di Houston pada Mac 29, 2012 yang lalu.

AUSTIN, Texas (Reuters) - Bekas Presiden Amerika, George HW Bush kini berada di Unit Kawalan Rapi (ICU) Hospital Houston dan dalam "keadaan berkawal," kata jurucakap keluarga Jim McGrath pada hari Rabu (26/12/2012).

"Presiden dalam keadaan sedar dan mampu berbual dengan kakitangan perubatan serta dikelilingi oleh ahli keluarga," kata McGrath dalam satu kenyataan.


"Berikutan mengalami demam yang berterusan, Presiden Bush telah dimasukkan ke unit kawalan rapi di Hospital Methodist pada hari Ahad lalu di mana di dalam keadaan terkawal," kata McGrath. "Doktor di Methodist optimis terhadap rawatan yang diberikan."

Bekas presiden yang berusia 88 tahun ini telah dimasukkan ke hospital sejak 23 November lalu kerana bronkitis.

Seorang jurucakap hospital berkata pada pertengahan bulan Disember lalu bahawa bekas presiden itu dijangka kan kembali ke rumah untuk meraikan Krismas, tetapi jurucakap kemudiannya berkata pihak doktor merasakan bahawa bekas presiden perlu cukup sembuh sebelum pulang ke rumah.

Bush turut mengalami Parkinson di bahagian bawah tubuhnya, yang menyebabkan dia hilang keseimbangan dan telah menggunakan kerusi roda selama lebih setahun, kata McGrath melalui e-mel nyapada hari Rabu lalu.

Bush adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-41 dari Parti Republikan, memegang jawatan itu pada tahun 1989 dan berkhidmat selama satu penggal di Rumah Putih. Bapa kepada bekas Presiden George W. Bush ini juga pernah berkhidmat sebagai kongres, duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), duta ke China, Pengarah CIA dan menjadi Naib Presiden selama dua penggal di bawah Ronald Reagan.



Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks