blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kisah Sebenar KUBUR ISLAM PENGERANG DIGALI Tanpa Pengetahuan WARIS

Wednesday, December 26, 2012

Pada 22hb Disember, Gabungan NGO Pengerang (GNP) telah menerima aduan daripada seorang pemilik tanah di Kampung Sebong bahawa tanahnya telah diceroboh oleh dua syarikat, iaitu ICEDECOR BINA SDN. BHD. dan PIJ HOLDING SDN. BHD. Beliau telah membuat laporan polis pada hari yang sama. Beliau beritahu kami bahawa rasa tidak puas hati kerana dia tidak pernah menerima notis pengambilalihan tanah atau Borang E dari mana-mana pihak sebelum ini.

Selepas itu, tuan tanah tersebut membawa laporan polis ke tanah miliknya untuk menghentikan kerja-kerja penggalian kubur. Kakitangan kontraktor juga tergesa-gesa untuk mengemaskan alat-alat kerja selepas menggali 5 kubur. Sebuah kubur yang sedang digali juga dikebumikan sebelum mereka meninggal tapak perkuburan tersebut. Kami juga mendapati beberapa batu nisan yang kontraktor tidak sempat ambil telah ditinggalkan di tempat tersebut.

Penggalian kubur di Kampung Sebong telah dihentikan kerana penduduk kampung melaporkan polis.

Antara batu nisan yang dicabut ditinggalkan di bawah pokok.

Pada 23hb Disember, seorang ahli Gabungan NGO, En. Yusoff, telah memasuki kawasan penggalian kubur di Kampung Jawa Darat untuk mendapat maklumat yang selanjut. Wakil dari JPDC (JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION) menjamin bahawa semua kubur yang digali tidak mempunyai waris. Baliau juga berkata, sekiranya kubur berwaris digali, kontraktor akan memikul tanggungjawab sepenuhnya. Pada masa yang sama, seorang jurugambar telah dihalau dari kawasan penggalian kubur tersebut. Pada waktu petang, bendahari GNP, Chua Peng Sian, telah menerima satu panggilan dari seorang Inspektor di IPD Kota Tinggi. Pegawai tersebut meminta beliau supaya jangan campur tangan dalam isu penempatan semula perkuburan Islam.

Pada 24hb Disember, kami menerima maklumat dari penduduk bahawa sesetengah kubur berwaris di Kampung Jawa Darat telah digali, dan waris-waris kubur tersebut tidak mengetahuinya. Waris-waris itu merancang untuk membuat laporant polis, tetapi telah ditangguhkan setelah beberapa ahli politik yang menghubungi mereka.

Pada pukul 11 pagi, sebuah kereta ronda polis keluar dari tapak perkuburan tersebut, seorang inspektor mengingatkan ahli-ahli GNP yang baru sampai situ bahawa orang Cina tidak boleh menghampiri kawasan penggalian kubur dan tidak dibenarkan mengambil gambar, inspektor tersebut juga memesan ahli GNP jangan menghubungi wartawan akbar Cina untuk temubual.

Selepas setengah jam, ahli GNP melihat dua orang pegawai Kesihatan baru tiba di kawasan kerja, dan di ikuti seorang imam memasuki kawasan kerja dengan menaiki kereta kontraktor, kami tidak lihat kehadiran pegawai dari Jabatan Agama pada masa itu. Pada waktu petang, kami dimaklumkan bahawa seorang waris yang tidak berpuas hati dengan kubur nenek moyangnya digali telah bertengkar dengan pegawai kontraktor di Kampung Punggai.

Keadaan tanah perkuburan Islam baru di Kampung Punggai bertakung dengan air selepas hujan kerana aras tanah yang rendah.


Pengendalian kerja-kerja pemindahan kubur yang tidak sempurna menyebabkan ada antara batu nisan yang petah kerana kecuaian pekerja kontraktor.


Terdapat juga kubur-kubur yang sudah tenggelam.


Menurut lesen bagi penggalian semula kubur yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri Johor, lesen yang dipegang oleh kontraktor cuma dibenarkan untuk menggali 198 buah kubur Islam lama yang tidak berwaris di Lot 5156 Kampung Telok Empang. Namun, kontraktor telah menggali kubur Islam di Kampung Jawa Laut, Kampung Jawa Darat dan Kampung Sebong dalam beberapa hari ini, mereka juga telah menggali kubur yang berwaris.

Kami mengutuk keras kepada anggota polis yang cuba campur tangan dalam kebebasan media untuk melaporkan berita dan kami akan memberi bantuan kepada waris-waris kubur yang telah digali oleh kontraktor.

Kami juga ingin meminta Pejabat Setiausaha Negeri Johor untuk mengesahkan bahawa adakah kontraktor telah melangar peraturan lesen menggali semula kubur yang dikeluarkan dan telah menggali kubur Islam yang tidak dibenarkan. Kalau tidak, kami akan membantu penduduk-penduduk untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pejabat Setiausaha Negeri Johor dan kontraktor-kontraktor yang terlibat.

Kapten Haji Hasnul Bin Ahmad
Naib Pengerusi
Gabungan NGO Pengerang
26hb September 2012
Read Full 0 comments

WARIS Tidak Puas Hati KUBUR DIGALI DITAHAN POLIS



PENGERANG - Kerana tidak berpuas hati kubur ahli keluarganya digali semalam tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada beliau, seorang waris menjadi berang dan berlaku pertengkaran dengan kontraktor yang bertugas. Berikutan pergaduhan tersebut, pihak kontraktor telah membuat laporan polis.

Pada tengah hari tadi, pewaris tersebut telah ditahan oleh polis dan sekarang berada di IPD Kota Tinggi.
Tindakan memindahkan perkuburan Islam untuk projek RAPID Pengerang telah mula dilaksanakan pada 21 Disember 2012.

Sebelum ini 22 buah kubur daripada 28 buah kubur Islam tanpa waris Kampung Jawa Laut telah dipindahkan ke tapak perkuburan Islam baru di Kampung Punggai Pengerang.

Segala tulang-tulang telah dipindahkan untuk dikebumikan ke tapak perkuburan Islam Kampung Punggai Pengerang (tapak perkuburan Islam yang baru).

Siasatan oleh sekumpulan jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang yang diketuai oleh Zaaba Abdul Samad pada jam 5 petang di lokasi perkuburan Islam Kampung Jawa Laut mendapati kerja-kerja penggorekan dan Pengumpulan tulang-tulang telah pun disempurnakan.

Dalam pertemuan dengan wakil Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), En. Mohammad Noor Bin Salleh, pihak NGO dimaklumkan oleh beliau bahawa kerja-kerja untuk proses perpindahan telah pun mengikut semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Ugama Islam Negeri Johor.

Antara syarat-syarat berkenaan satu siaran pengumuman di dalam media telah dibuat untuk perihatian waris-waris sekiranya ada. Satu pengumuman juga telah dibuat melalui Masjid Kampung Jawa selepas sembahyang Jumaat. Pada 14 Disember 2012 yang lalu.

Sebelum melaksanakan proses mengorek, pihak-pihak wakil daripada Majlis Ugama Islam Negeri Johor, Pejabat Kadhi Daerah Kota Tinggi, PDRM, Jabatan Kesihatan Kota Tinggi dan ketua kampung telah hadir bersama.

Upacara telah pun dimulakan dengan bacaan doa dan setiap daripada pekerja yang membuat kerja-kerja mengorek dan mengkebumikan semula segala tulang-tulang si mati diwajibkan berpakaian sopan dan melaksanakan kerja di bawah pemantauan yang rapi.

Walaubagaimanapun, pihak NGO juga mendapat maklum balas daripada penduduk-penduduk Kampung Punggai yang melahirkan rasa tidak berpuas hati kerana tidak dimaklumkan lebih awal.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks