blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bila PIERRE ANDRE Layan Teh Tarik Bersama Ust AZHAR IDRUS

Monday, December 17, 2012

Ketika Program Selangor AgroFest 2012 (SAF) pada 15 Disember lepas, telah berlangsungnya program ceramah perdana oleh penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus. Kepada peminat Ustaz Azhar di Terengganu yang 'terkilan' kerana ketiadaan beliau di dalam program Pas Ganti Umno, PGU 6.0 dalam siri program mega terutama PGU di Paka, Dungun...inilah maksud jawapan penganjur bahawa Ustaz Azhar telah ada satu 'temu janji'.

Program malam itu lebih besar kerana meraikan kehadiran Sheikh Muhammad Ali Al Sobuni yang diacarakan oleh Ustaz Azhar Idrus sendiri. Ulama besar Syria yang merupakan pengarang kitab tafsir Al-Sobuni berusia 83 tahun ini merupakan antara 30 Ulama hebat dunia masa kini. Ulama ini turut menceritakan dalam masa 2 bulan seramai 200,000 rakyat Syria yang telah syahid.

Program bersama Sheikh Muhammad Ali Al Sobuni yang diacarakan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Apa yang lebih menarik, kehadiran program malam itu bukan sahaja menjadi tarikan kepada golongan muda, malah ia menjadi tarikan kepada golongan artis. Antara artis yang hadir pada malam itu adalah Pierre Andre dan Eizlan Yusof.

Selepas program selesai, Pierre Andre, Iezlan Yusof dan isteri sempat layan teh tarik bersama Ustaz Azhar Idrus. 


Kredit all photo to, FB Fan UIA
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks