Ibu kanak-kanak malang menyedari anaknya dilanggar dan tersepit di bawah bas.
Satu rakaman CCTV telah merakamkan kemalangan yang menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun di China. Rakaman itu menimbulkan kemarahan dan rasa terkejut kepada ramai warga China.
Rakaman tersebut menunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki telah terselit di bawah sebuah bas di sebuah jalan Zhejiang manakala ibu mangsa menangis dan meraung meminta bantuan.
Apa yang mengejutkan adalah ramai pejalan kaki tidak berbuat apa-apa untuk membantu wanita malang tersebut walaupun dia merayu dan menangis.
Pemandu bas yang melanggar kanak-kanak tersebut juga bersembunyi di suatu sudut dan enggan untuk membantu kanak-kanak tersebut.
Kerana terdesak, si ibu cuba menghampiri pemandu lain untuk meminta bantuan. Lebih malang lagi mereka juga mengabaikannya dan terus berlalu dari situ.
Ibu mangsa merayu-rayu meminta bantuan daripada orang ramai, tetapi ia sekadar diperhatikan.
Akhirnya seorang pemandu berhenti dan memberikan bantuan, tetapi sudah terlewat.
Akhirnya mangsa dibawa ke hospital selepas seorang pemandu membantu ibu tersebut.
Walau bagaimanapun, bantuan itu terlalu lewat dan kanak-kanak malang itu meninggal dunia di hospital kerana mengalami kecederaan yang teruk.
Ini bukanlahkali pertama kemalangan seperti iniberlaku di China.
Tahun lalu, seorang kanak-kanak kecil juga meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah kereta. Rakaman video menunjukkan sehingga 18 orang mengabaikan kanak-kanak tersebut, sehingga akhirnya ia diselamatkan oleh seorang pengumpul sampah.