blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PERUT Banduan TERSANGKUT Ketika LARIKAN DIRI

Friday, December 7, 2012


BRAZIL - Rafael Valadao seorang banduan yang ditahan di penjara Ceres, Brazil telah cuba untuk melarikan diri daripada penjara dengan membuat lubang pada dinding penjaranya dengan harapan lubang itu dapat melepaskan dirinya daripada penjara dan menghirup udara bebas.

Namun, rupa-rupanya banduan botak ini tersilap perhitungan. Lubang yang dibuatnya tidak cukup besar. Separuh badan gempal Rafael yang sudah pun lepas keluar daripada penjara ketika pinggangnya tersepit pada lubang tersebut dan tidak dapat bergerak sama sekali.

Akhirnya perbuatannya itu dikesan warder penjara. Sebaik mereka tiba di sel kurungan mereka tidak terus membantu Rafael. Sebaliknya mereka berkumpul dan mentertawakan usaha melarikan diri yang gagal itu.

Rafael tinggal di sebuah sel bersama tiga tahanan lain. Seorang tahanan yang lebih kurus berjaya melarikan diri. Sementara harapan dua lagi tahanan lainnya pula punah setelah Rafael tersepit di lubang tersebut.

Pasukan penyelamat kemudian tiba pada jam 2.00 pagi untuk 'membebaskan' Rafael yang memiliki berat badan 101 kg. Dia kemudian dibawa ke hospital di bawah kawalan ketat polis.

"Dia (Rafael) berteriak kesakitan ketika pasukan penyelamat tiba. Dia nampaknya tidak mengambil kira ukuran perutnya," kata seorang juru cakap polis.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks