blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

SAH Hj. Ramlan Bin Sariman Bekas PENGARAH PELAJARAN JOHOR Sertai PAS

Sunday, December 2, 2012
Tn Haji Ramlan Bin Sariman bekas Pengarah Pelajaran Negeri Johor


Akhirnya desas-desus semenjak dua tiga hari ini di kalangan rakyat Johor siapakah beberapa nama besar bekas pegawai kerajaan negeri yang bakal menyertai PAS terjawab malam tadi.

Seperti yang dilaporkan dalam entri sebelum ini ( baca sini ) kedengaran akan berlakunya penyertaan tersebut di sebuah program Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor di Dataran KEADILAN, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat.

Tn Haji Ramlan bin Sariman menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.


Hj Nasir Abdullah, bekas Timbalan Pengarah Institut Perguruan Batu Pahat antara nama besar bekas pegawai kerajaan di Johor yang turut menyertai PAS.


Hj. Mohd Said Junid, merupakan Pengarah Eksekutif FELDA (P) Berhad, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Tenggara dan bekas Setiausaha Pemuda UMNO Kluang turut menyertai PAS.


Ahli perniagaan terkenal Dato Seri Abdul Rahman Maidin turut menyerahkan borang keahlian PAS.


Nama-nama yang diumumkan menyertai PAS ialah Hj Ramlan Sariman, bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Hj Nasir Abdullah, bekas Timbalan Pengarah Institut Perguruan Batu Pahat. Hj. Mohd Said Junid, Pengarah eksekutif FELDA (P) Berhad dan Dato Seri Abdul Rahman Maidin bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.


Tuan Haji Ramlan Bin Sariman menjawat jawatan Pengarah Pelajaran Johor pada sekitar tahun 2007- 2008. Kepada pemerhati politik di Johor mesti teringat akan nama Pengarah Pelajaran Johor yang berkempen untuk calon BN ketika Pilihanraya Kecil di Tenang iaitu Hj. Markom Bin Giran yang menjawat jawatan itu antara tahun 2010-2011.

Selamat berjuang Tn Hj Ramlan bin Sariman di dalam saf pimpinan yang baru!.


Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks