Malam ini sedang berlangsungnya sebuah program Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor di Dataran KEADILAN, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, yang sudah pun bermula sejak dari jam 3 petang tadi.
Selain daripada aktiviti ceramah yang ditunggu-tunggu oleh hadirin, satu lagi yang sedang dinantikan oleh orang ramai adalah nama-nama 'besar' di Johor yang bakal mengumumkan penyertaan mereka di dalam kumpulan Pakatan Rakyat. Antara nama besar yang kedengaran sehari dua ini bakal menyertai PAS adalah seorang bekas Pengarah Pelajaran Negeri Johor.
Walaupun nama individu tersebut telah disahkan oleh seorang teman dari PAS, namun aku lebih suka agar kesahihan penyertaan individu tersebut diumumkan sendiri oleh wakil dari PAS malam ini. Kepada yang tertanya-tanya siapakah nama individu berkenaan, biarlah kita nantikan pengumumannya malam ini yang dijangka akan diumumkan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang.
Tunggu...hehehe