blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Minuman ANGRY BIRDS Lebih Laris Berbanding PEPSI, COKE

Saturday, November 24, 2012


HELSINKI - Rovio tidak sekadar membina permainan game Angry Birds sahaja. Di negara asalnya, Finland, syarikat ini mengembangkan lagi sayap perniagaan mereka dengan melancarkan produk minuman ringan bertemakan Angry Birds.

Memanfaatkan populariti permainan game Angry Birds, Rovio baru-baru ini mengeluarkan minuman soda Angry Birds dengan empat perasa iaitu Tropic, Paradise, Lagoon dan Comet. Minuman yang dijual di Finland ini lebih laris berbanding Pepsi dan Coca-Cola.

Menurut laporan DigitalSpy, tidak seperti Pepsi dan Coca-Cola yang memiliki perasa kola, minuman Angry Birds ini diciptakan dengan aneka perasa buah segar kerana memang dibuat untuk kanak-kanak.

Kemasan pada tin minumannya dihiasi dengan karakter game Angry Birds yang sudah pasti sangat popular dengan anak-anak.

Angry Birds Tropic dengan hiasan bergambar burung merah memiliki perasa buahan campuran, manakala Angry Birds Paradise yang bergambar burung kuning segitiga mempunyai perasa campuran dari limau dan nenas.

Sementara Angry Birds Lagoon yang bergambar babi hijau mempunyai perasa campuran apel dan pear dan Angry Birds Comet yang bergambar burung hitam versi Angry Birds Space berparisa kola.

Ketua Pemasaran Rovio Peter Vesterbacka berkata, setelah laris di Finland, minuman tin ini akan segera dipasarkan di Australia dan Ireland dalam masa terdekat ini.

Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks