blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Hacker ANONYMOUS Dedah 3000 Data Penyumbang ISRAEL

Wednesday, November 21, 2012

Setelah berjaya melakukan serangan siber ke atas laman-laman web milik pemerintah Israel, kumpulan hackers Anonymous mendakwa telah membocorkan lebih dari 3000 data rahsia para penyumbang dana yang menyokong Israel.

Pembocoran informasi tersebut termasuklah alamat rumah, nombor telefon dan emel dari semua penyumbang untuk Unity Coalition for Israel.

Seperti dilaporkan TheNextWeb, 3000 nama telah didedahkan di laman web Pastebin, antara nama yang tercatat ialah nama seorang Senator Amerika Syarikat, iaitu Daniel Inouye. Beliau adalah seorang veteran perang yang menentang Nazi pada Perang Dunia II. Ia juga seorang ahli politik yang amat dikenali kerana menjalin hubungan yang sangat rapat dengan Israel.

Masih terdapat beberapa nama penting lain dalam daftar tersebut, antaranya ialah Spencer Abraham, Christopher Bond, John Breaux, Alfonse D'Amato, dan Rod Grams, semuanya adalah bekas senator AS.

Selain itu juga, terdapat ramai penyumbang tersebut adalah warga Amerika yang pernah menjawat jawatan penting di dalam pentadbiran. Terdapat beberapa nama di dalam daftar tersebut turut menyatakan jumlah sumbangan peribadi yang dijangkan akan menjadi masalah besar bagi mereka.

Pendedahan ini adalah lanjutan dari serangan siber terhadap kira-kira 700 laman web Israel pada 17 November 2012 lalu. Serangan yang diberi kod nama #OpIsrael ini menyebabkan sebahagian besar laman web tersebut kehilangan pengkalan data.

Anonymous yang hanya mahu dikenali sebagai hacktivist ini dijangka akan meneruskan serangan siber terhadap Israel sebagai tindakbalas di atas serangan Israel yang semakin hangat di kawasan Timur Tengah tersebut.
Read Full 0 comments

MAYAT Perisik Israel DISERET Di Jalan Gaza


Enam lelaki yang didakwa sebagai 'perisik Israel' telah dibunuh dan mayatnya diheret melalui jalan-jalan bandar Gaza oleh sekumpulan lelaki ketika pengumuman Israel yang memberikan amaran kepada rakyat Palestin untuk mengosongkan beberapa wilayah kerana mereka akang melakukan serangan darat.

Menurut seorang saksi, enam perisik tersebut ditahan dan dibawa ke sebuah persimpangan jalan di utara bandar dimana mereka kemudiannya ditembak kerana memberikan maklumat risikan yang membantu Israel mengetahui kedudukan tokoh-tokoh utama Hamas dan Jihad Islam untuk dijadikan sasaran oleh pesawat pejuang mereka.

Nama keenam-enam lelaki tersebut telah dipaparkan di sepanjang jalan raya selepas mereka disoal siasat oleh pegawai keselamatan Hamas tentang siapa yang memberi maklumat dan menjadi 'pemberi maklumat' untuk menentukan sasaran serangan yang tepat sehingga mengorbankan 118 nyawa rakyat Palestin - separuh daripadanya adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, - dalam tempoh tujuh hari operasi ketenteraan.


Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks