Mujahidin Palestin berjaya menembak jatuh sebuah pesawat tempur zionis Yahudi yang terbang di atas perbatasan Gaza. Menurut sumber-sumber daripada Hamas, jet tempur F-16 penjajah zionis Yahudi itu ditembak jatuh pada Jumaat (16/11).
Mujahidin Palestin telah melepaskan lebih dari 550 roket ke wilayah penjajah zionis Yahudi sejak hari Rabu (14/11) setelah Tel Aviv melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran di Gaza, mengorbankan puluhan warga muslim, termasuk kanak-kanak dan kaum wanita.
Tentera zionis Yahudi mengatakan telah mengebom lebih dari 600 target di Gaza sejak serangan tiga hari yang lalu.
Menurut sumber-sumber zionis Yahudi, penangkis peluru Iron Dome hanya berjaya menangkis satu perlima roket yang ditembak dari Jalur Gaza.