blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

MEKAH Pun Ada STARBUCKS, Macam Mana Nak BOIKOT?

Saturday, November 17, 2012
Starbucks ini terletak di Zam-Zam Tower yang hanya beberapa meter sahaja dari Masjidil Haram. 

Setiap kali berlakunya pengeboman di antara Palestin dan Israel, kita akan kedengaran seruan memboikot syarikat-syarikat perniagaan yang ada kepentingan dengan Israel. Antara nama yang popular ialah syarikat Starbucks. Tapi macam mana nak boikot Starbucks ini, sedangkan di tanah suci Mekah pun ada salah satu cawangannya yang tidak kurang eksklusifnya?.

Maka akan wujud beberapa manusia yang menggunakan hujah, "Sedangkan pada zaman Rasulullah SAW, baginda pernah berurusan dan bermualat dengan orang Yahudi. Mengapa kita tidak boleh berniaga dengan Yahudi?. Kau lebih cerdik dari nabi ka?".

Tujuan baginda berdagang dengan Yahudi ketika itu tidak lain dan tidak bukan supaya mereka tertarik kepada ajaran Islam. Namun persoalan hari ini, adakah membenarkan syarikat 'Starbuck' berada di kota suci Mekah bertujuan untuk dakwah atau kerana 'terpaksa' demi menjaga persahabatan erat dengan sekutu Israel iaitu Amerika?. Apatah lagi setiap sen dari keuntungan itu pula ada bahagian untuk peluru yang membedil saudara kita di Palestin.

Itulah kebijaksanaan Howard Schultz yang merupakan pengasas, Pengerusi, Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks dan memiliki 31.6 juta saham Starbucks (dianggarkan bernilai kira-kira USD 1.4 bilion pada Nov 2011). Lelaki ini sesungguhnya seorang zionis aktif.

Pada tahun 1998, beliau telah diberi penghormatan oleh Jerusalem Fund of Aish HaTorah dengan anugerah "The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award" di atas perkhidmatannya kepada negara zionis ini kerana "memainkan peranan penting dalam mempromosikan hubungan rapat antara Amerika Syarikat dan Israel". Jerusalem Fund of Aish HaTorah juga merupakan penyumbang dana kepada persenjataan Israel yang dipengerusikan General Shaul Mofaz. Mereka juga terbabit dalam pengeluaran dan pengedaran filem islamfobia yang terkenal ' Obesession '.

Starbucks dengan bangganya memaparkan anugerah ini di laman web syarikat mereka di bawah seksyen 'awards and accolades', bagaimanapun sejak pemboikotan berlaku anugerah ini mula hilang secara misteri dari laman web mereka.

Maklumat ini kemudiannya hilang secara misteri sejak pemboikotan dibuat.


Howard Shultz juga sering melakukan tugas-tugas propaganda untuk Israel dan telah menerima pujian daripada Kementerian Luar Israel kerana menjadi kunci kepada kejayaana jangka panjang hubungan luar Israel. Pada 4 April 2002, ketika tentera Israel menyembelih rakyat Palestin, Howard Shultz telah membuat ucapan provokatif yang menyalahkan Palestin, menggambarkan perjuangan intifada adalah satu manifestasi anti-Semitisme, dan meminta orang ramai untuk bersatu di belakang Israel. Starbucks juga menaja penubuhan dana untuk Israel.

Pernah pada suatu ketika apabila perniagaan lain telah keluar daripada Israel, Starbucks memutuskan untuk membantu ekonomi Israel dengan membuka Starbucks di Israel. Walaupun usaha itu gagal tetapi Shultz telah berikrar Starbucks akan "kembali ke Israel dalam masa terdekat".

Starbucks juga telah membuka cawangan di pangkalan AS di Afghanistan dan Iraq, serta di pusat penyeksaan tahanan di Teluk Bay. Pihak perhubungan pelanggan Starbucks juga menyatakan "Starbucks menyanjungi dan mengkagumi tentera AS .. yang sanggup membahayakan nyawa mereka untuk melindungi rakyat Amerika dan nilai-nilai kebebasan serta demokrasi". Pegawai Barry Tate yang sedang berkhidmat di Guantanamo Bay juga bersetuju bahawa Starbucks membantu \dalam menaikkan "moral" pengawal dan penyiasat di Teluk Guantanamo.

Jadi bagaimana kalian... masih ada lagi yang mempertahankan perniagaan Starbucks ini hanya atas dasar perhubungan perniagaan dan tiada kaitan dengan kepentingan peperangan rejim Israel. Jika ada, teruskanlah meneguk minuman itu tanpa rasa bersalah. Yalahh...apalah sangat setakat minum secawan kopi Starbucks. Sedangkan negara kita sendiri menjalinkan hubungan perdagangan dengan Israel....


Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks