Tentera Israel (Israel Defense Forces) IDF telah menghebahkan berita pembunuhan Ketua Tentera Hamas Ahmed Jabari semalam di dalam Twitter dan YouTube.
Pemimpin Hamas ini menjadi sasaran serangan peluru berpandu Israel ke atas Semenanjung Gaza.
IDF yang memiliki saluran YouTube rasmi serta akaun Twitter rasmi telah menyiarkan rakaman sebuah video yang disiarkan pada saluran YouTube (lihat di bawah) yang menunjukkan serangan yang berlaku dari pandangan atas.
Rakaman video yang bertajuk
"IDF Pinpoint Strike on Ahmed Jabari, Head of Hamas Military Wing," terdapat keterangan seperti berikut:
"Pada 14 November 2012, IDF mensasarkan Ahmed Jabri, Ketua Sayap Ketenteraan Hamas di Semenanjung Gaza. Jabri adalah Pemimpin Kanan Operasi Hamas yang bertanggungjawab mengeluarkan perintah secara langsung untuk melancarkan serangan terhadap Israel pada masa lalu."
Laporan
Reuters berkaitan serangan ini,
"Tujuh orang termasuk dua orang anak gadis berusia di bawah usia lima tahun terbunuh, menurut Menteri Kesihatan." Hamas menbalas kepada serangan tersebut dengan berkata bahawa Israel telah
"membuka pintu neraka".