Lebih 700 hadirin datang ke program anjuran SAMM Melaka iaitu SAMM RAPAT RAKYAT ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene bertempat di Peringgit Jaya (berhampiran Petronas dan AEON Jusco), Melaka bermula sekitar jam 9.00 malam semalam.
Walaupun dua hari sebelum itu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka telah diarahkan bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Melaka berkenaan program SAMM Rapat Rakyat ABU: Le Tour De Scorpene peringkat negeri Melaka ini dan dimaklumkan tiada jaminan keselamatan daripada pihak polis. Namun semuanya berlangsung dengan baik dan berjaya menarik 700 rakyat Melaka untuk mendengar pendedahan ini. Hujan lebat pada petang hari tersebut nyata tidak melunturkan semangat juang anak muda untuk meneruskan program ini dengan jayanya.
Antara penceramah malam tadi ialah Pengerusi SAMM, CheguBard; aktivis ABU, Peguam Haris Ibrahim; aktivis pelajar, Khalid Ismath; Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Ust Kamarudin Sidek dan ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew.
Gambar-gambar sekitar program seperti di bawah ini.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Ust Kamarudin Sidek
Kelihatan CheguBard dan Peguam Haris Ibrahim serius berbincang. ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew di sebelah kiri sekali.
Aktivis pelajar, Khalid Ismath
Aktivis ABU, Peguam Haris Ibrahim
Pengerusi SAMM, CheguBard