blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pencuri TERTIDUR Ketika MENCURI

Sunday, November 11, 2012

Tertidur ketika mencuri - suspek dibawa polis ke lokap


KUCHING -- Seorang pencuri yang mengantuk dan akhirnya tertidur telah ditangkap selepas memecah masuk ke dalam pejabat di Matang semalam.

Pemuda berusia 35 tahun yang berasal dari Petra Jaya itu dipercayai telah memanjat di belakang bangunan dan masuk melalui tingkap ke sebuah pejabat di tingkat pertama pusat komersial itu pada waktu malam.

Selepas mencuri beberapa komputer riba dan beberapa barangan lain di dalam beg yang dibawanya bersama, tanpa diketahui apakah sebabnya pencuri itu kemudiannya pergi ke salah sebuah meja dan tertidur di situ sepanjang malam.

Suspek ditemui sekitar jam 8:00 pagi oleh salah seorang pekerja yang tiba ke pejabat dan segera menghubungi polis apabila melihat pencuri itu masih tertidur di atas meja. Pegawai peronda polis tiba dalam masa beberapa minit kemudian dan menahan suspek. Suspek akan ditahan di lokap sementara menunggu siasatan lanjut.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks