blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

3 Anggota POLIS Didakwa Gari Pemandu TEKSI Dan ROGOL Wanita Indonesia

Saturday, November 10, 2012

Pekerja kedai makan warga Indonesia ini mendakwa dirogol tiga anggota polis semalam. 

BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam.

Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan tiga anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi berhampiran  pasar raya Pacific, Perai dan dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu.

Beliau juga mengesahkan tiga anggota terbabit direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

  Tiga anggota polis terbabit direman selama tujuh hari bermula hari ini 


Lau Chiek Tuan menunjukkan kecederaan pada kepala pemandu teksi yang digari anggota polis.

Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu .

“Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan.

“Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis.

“Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari,” katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi tadi.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA Bukit Mertajam, Goh Swee Gim.


Kredit : SinarHarian, SinChew
Read Full 1 comments

Kamera AES Rekod KELAJUAN Maserati GranTurismo 268km/h



Akhirnya Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya menangkap gambar pesalah trafik yang paling laju setakat ini.

Tidak sampai 40 hari selepas sistem AES dilancarkan, kereta Maserati GranTurismo telah ditangkap gambarnya memecut pada kelajuan 268 km/h oleh kamera kelajuan AES di KM301.9 PLUS lebuh raya sebelum keluar Kajang.

Beberapa hari kemudian, kamera AES berjaya menangkap Ferrari merah yang memecut pada kelajuan 243 km/h di PLUS Expressway KM376 berhampiran Slim River, Perak.

Mungkin dua pemandu kereta sport ini menguji kecekapan kamera AES dalam mengesan kelajuan mereka.

Untuk rekod, had laju di lebuhraya PLUS Expressways berhampiran persimpangan Kajang adalah 90 km/j manakala di lebuhraya Slim River ditetapkan pada 110 km/h.


Kredit : Cars, Bikes & Trucks (CBT)
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks