blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bapa CHONG WEI Tidak Dijemput?

Friday, November 9, 2012


Ketika seluruh negara bergembira dan meraikan perkahwinan antara bintang badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo, ayahnya Lee Ah Chai dilaporkan merajuk di rumahnya di Pulau Pinang.

Terdapat khabar yang mengatakan keluarga Lee telah dikecualikan daripada majlis sambutan tiga hari perkahwinannya, yang bermula malam Jumaat ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

"Saya seorang bapa yang di dalam kesedihan," Lee Ah Chai menulis di dalam tulisan China di dalam Facebooknya. "Saya akan menonton siaran langsung perkahwinan anak saya di ntv7 dari rumah."

Dipercayai hubungan beliau dengan isteri dan anak-anaknya telah goyah sejak dakwaan cubaan membunuh diri beliau pada bulan Jun tahun ini.

Walaupun pesara berusia 59 tahun itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau cuba untuk membunuh diri dengan melompat dari Jambatan Pulau Pinang ketika ditemui oleh polis pada 10 Jun lalu, sumber-sumber yang hampir dengan keluarga Lee mendakwa bahawa hutang beliau yang banyak telah mendorong ahli keluarga yang lain menjauhinya.

Bagaimanapun Chong Wei bukanlah seorang yang suka membicarakan masalah kehidupan keluarganya, ketika di dalam satu wawancara bersama Red Carpet beliau pernah berkata "Saya bukanlah selebriti. Saya seorang yang sangat peribadi."

Chong Wei dan Mew Choo berkahwin dalam upacara minum teh Cina tradisional pada awal Jumaat dan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat serta rakan-rakan mereka.

Pasangan pengantin ini menjadi tuan rumah majlis perkahwinan tertutup untuk keluarga mereka pada malam Ahad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kredit : Red Carpet
Read Full 0 comments

NASA Dedah Gambar ASTEROID Yang MENUJU KE BUMI



CALIFORNIA - Para penyelidik NASA berjaya menangkap gambar sebuah asteroid raksasa yang sedang menuju ke Bumi.

Bagaimanapun jarak asteroid raksasa itu masih dalam jutaan tahun dari Bumi, dan ia memerlukan sekitar 200 tahun lagi untuk menghempas bumi.

Seperti dilaporkan oleh Mashable, para astronaut di Jet Propulsion Laboratory di Pasadena, menggunakan antena Deep Space Network di Goldstone, California, AS dan menangkap gambar pertama asteroid 2007 PA8 itu di antara 28 Oktober dan 30 Oktober 2012. Gambar terakhir yang diambil pada sesi tersebut, asteroid itu berada dalam jarak 9 juta kilometer dari Bumi.

Pada hari Isnini yang lalu (5/11/2012), asteroid semakin mendekat dan berada pada jarak kira-kira 6.5 juta km dari Bumi. Jarak tersebut hanya 17 kali jarak antara Bumi dan Bulan.

"Dari hasil tangkapan gambar radar, dianggarkan saiz asteroid 2007 PA8 ini ialah berukuran 1.6 km lebar," menurut wakil Jet Propulsion Laboratory.

Selain itu, data-data yang diperolehi juga menunjukkan asteroid 2007 PA8 berpusing dengan lambat; iaitu tiga hingga empat hari untuk melengkapkan sekali pusingan.
Read Full 0 comments

PERMAISURI AGONG Cantik BERTUDUNG Hadiri IFF Malam Tadi

KUALA LUMPUR -- Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (dua dari kanan) berkenan berangkat menghadiri majlis Festival Busana Islam Kuala Lumpur atau Islamic Fashion Festival (IFF) Kuala Lumpur 2012 di sini malam tadi. Turut mengiringi baginda ialah Pengerusi IFF Datuk Raja Rezza Shah (kanan).


Peragawati kelihatan anggun memperaga pakaian muslimah di hadapan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (tiada dalam gambar) pada majlis Festival Busana Islam Kuala Lumpur atau Islamic Fashion Festival (IFF) Kuala Lumpur 2012 di sini malam tadi.

Kredit : Bernama

Gambar tuanku permaisuri ketika menghadiri beberapa majlis sejak pulang daripada mengerjakan haji menunjukkan beliau kini selesa bertudung. Alhamdulillah dan tahniah.... Allahuakbar!! : Author Faethal
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks