blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kapal Terbang TERGELINCIR Di SARAWAK

Thursday, November 8, 2012

Anggota bomba memeriksa keadaan pesawat tersebut sambil mendengar arahan daripada Kapten Gill.

SARAWAK - Pesawat Twin Otter MH 3562 tergelincir lalu terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Marudi, Serawak semalam.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan terbabas ke tepi kiri padang tersebut sebelum terjatuh ke parit besar di tepi landasan sementara sebelah sayapnya tersadai di jalan raya menuju ke Kampung Padang Kerbau di sini.

Pesawat yang membawa 17 penumpang dan dua juruterbang itu berlepas dari Lapang-an Terbang Miri ke Marudi pada jam 2.19 petang dan mendarat di Lapangan Terbang Marudi pada jam 2.33 petang.

Ketua Polis Daerah Baram DSP Abu Bakar Moktar dalam sidang media selepas kejadian itu berkata pesawat berkenaan mungkin mengalami masalah teknikal dan kes akan disiasat oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Beliau berkata hanya seorang penumpang wanita mengalami kecederaan ringan di sebelah kaki dan dirawat di Hospital Marudi.

Bakar menambah kata, kes berkenaan adalah yang pertama melibatkan kapal terbang terbabas ke parit dan jalan raya di lapangan terbang itu.

Dalam pagar besi yang dilanggar Twin Otter tersebut turut mengalami kerosakan.

Sementara itu seorang penumpang, Hajijah Dollah, 49, memberitahu bahawa beliau tidak dapat menceritakan secara terperinci kejadian yang berlaku secara sekelip mata itu.

Guru yang juga ibu kepada tiga orang anak itu memberitahu bahawa beliau adalah antara penumpang yang pertama keluar dari pesawat tersebut dengan membuka pintu berdekatan tempat duduknya.

Sementara itu juruterbang yang hanya mahu dikenali sebagai Kapten Gill ketika di-temui di Balai Ketibaan memberitahu bahawa kejadian seperti itu memang biasa berlaku.

Bagaimanapun bagi dirinya ia adalah pengalaman pertama ditempuhi sejak menerbangkan pesawat.


Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks