blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Suspek KRITIKAL, 2 Inspektor POLIS DITAHAN

Wednesday, November 7, 2012
Anggota polis melindungi inspektor yang disyaki terlibat setelah keluar dari Mahkamah Majistret, semalam. 

KUCHING: Dua pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan reman selama tiga hari bermula semalam ker­ana disyaki menyebabkan kecederaan kritikal ke atas seorang suspek yang berada dalam tahanan polis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, pihaknya juga sedang mendapatkan kenyataan daripada pasukan polis yang terlibat dalam tangkapan ke rumah suspek di Petra Jaya sekitar jam 4 petang, Ahad lepas bagi membantu siasatan.

Suspek yang dikatakan tid­ak sihat ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuch­ing, menurut Acryl, dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan pemeriksaan mendapati suspek mengalami pendarahan otak dan terpaksa menjalani pembedahan pada 6.30 petang kelmarin.

“Saya mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak mengenal pasti pun­ca suspek cedera serius yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kita mahu tahu bagaimana (keadaan) suspek yang tidak serius (ketika ditangkap) menjadi serius dan kita khuatir ada perkara tidak sepatutnya berlaku, tetapi kita sedang kenal pasti siapa bertang­gungjawab serta bagaimana ia berlaku,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ro­slan Bek Ahmad dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Zulkifli Hassan.

Acryl berkata, dua pegawai polis berusia 30 dan 32 tahun ditahan sekitar 6 petang kel­marin bagi membantu siasatan ke atas punca kecederaan sus­pek, yang mana setakat berita ini ditulis petang semalam, dalam keadaan kritikal.

Beliau menegaskan, pihakn­ya tidak akan menyembun­yikan perkara itu daripada pengetahuan awam serta tidak akan berkompromi sekiranya benar dua pegawai terbabit bertindak di luar batasan.

“Kita akan bersikap telus dalam siasatan ini supaya tidak timbul spekulasi,” jelasnya.


Kredit : Borneo Post

Read Full 3 comments

Roller Coaster LEGOLAND Terkandas Di Laluan CERUN



JOHOR BAHRU -- Legoland Malaysia sekali lagi masalah dengan permainan temanya baru-baru ini, kali ini dengan salah satu permainan roller coaster.

Pada 3 November 2012 lalu, sekitar jam 5:10 petang, seorang saksi berkata beliau sedang berbaris untuk mencuba permainan Dragon roller coaster, lima minit kemudian sebuah pengumuman telah dibuat memaklumkan terdapat kerosakan teknikal dan permainan itu telah dihentikan serta merta.

Tidak beberapa lama kemudian hujan mulai turun dan semakin lebat.

Saksi itu turut berkata dia melihat roller coaster itu kelihatan tersangkut di bahagian salah satu cerun dengan penumpang masih berada di dalamnya.

"Kami berasa lega apabila melihat juruteknik telah membawa penumpang yang terkandas itu ke tempat selamat dengan menggunakan platform kecemasan."

Usaha menyelamat itu mengambil masa selama 15 minit dan saksi turut memuji kecekapan kakitangan Legoland Malaysia.

Ini adalah merupakan kali kedua Legoland Malaysia mengalami kerosakan teknikal pada permainan mereka. Kerosakan pertama berlaku dilaporkan di sini.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks