blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

KUBUR Dalam TAMAN Untuk Warga KL

Sunday, November 4, 2012

KUALA LUMPUR - Kini masyarakat Islam di bandar Kuala Lumpur boleh menarik nafas lega kerana satu sistem baru telah diperkenalkan untuk membolehkan mereka mengesan kubur orang-orang yang tersayang.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali berkata, laman web (www.epusara.jawi.gov.my) ini akan memudahkan sesiapa yang hendak menziarahi kubur.

"Dengan data si mati yang direkodkan di dalam sistem, waris boleh mencari kubur dengan mudah.

"Oleh kerana kawasan yang semakin padat, kubur menjadi sukar untuk dikenal pasti, dan sistem ini akan mengurangkan kerumitan mencari (kubur) mereka," katanya pada hari Jumaat 2/10/2012 yang lalu.

Sistem e-Pusara ini telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan Julai tahun ini.

Beliau berkata sistem itu dilaksanakan bersama projek Raudhatul Sakinah yang diperkenalkan oleh Jawi tahun ini.

"Raudhatul Sakinah adalah satu konsep di mana tanah perkuburan dibina di dalam landskap taman. Ia mempunyai gazebo, lampu, surau, dan bilik menunggu untuk ahli keluarga."

Sehingga kini, tiga tanah perkuburan utama yang berada di bawah projek itu terletak di KL-Karak, Bukit Kiara 1, dan Bukit Kiara 2. Perkuburan di Bukit Kiara 2 masih di dalam pembinaan.



Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks