blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Isteri Tuan Guru NIK AZIZ Solat TIDAK BERTELEKUNG?

Friday, November 2, 2012

Ketika Tuan Guru Nik Aziz hadir ke majlis perasmian Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 2012 semalam, Tuan Guru berkesempatan menunaikan solat Zohor di Istana Negeri, iaitu di satu sudut ruang pameran sempena ekspo itu berlangsung berjemaah bersama anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Walaupun tidak kain sembahyang yang lengkap (telekung), beliau mendidik umat Islam boleh menunaikan solat asalkan menutup aurat. Sekali lagi persoalan yang tabu bermain di fikiran ramai orang, 'Bolehkah wanita bersolat tanpa telekung?'.

Sebelum itu, suka saya ingatkan bahawa entri ini sama sekali tidak bermaksud ingin menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, cuma ia sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Buat pengetahuan semua, di Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sering memperbetulkan salah faham berkaitan isu telekung ini menerusi kuliah mingguannya di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu.

Katanya, telekung dan warna putih bukanlah syarat untuk bersolat. Ia cuma kebiasaan masyarakat terutamanya di sekitar Nusantara. Kata Tok Guru lagi, boleh sahaja bersolat tanpa memakai telekung asalkan menutup aurat.

Apakah hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung?. Solatnya adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.

Aurat bagi wanita ketika bersolat sama sahaja dengan aurat di luar solat ( kecuali kategori aurat ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram ), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.

Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kesimpulannya pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat) dan agak tebal ( tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah islam yang sebenar yang tidak sesekali merumitkan penganutnya.

Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks dengan alasan tidak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan baunya tidak menyenangkan. Ada yang terlebih bijak pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin.

 Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.



Kredit : Harakah, bicaradariaku.com
Read Full 3 comments

Perginya Srikandi Islam MARYAM JAMEELA

Temubual kali terakhir Maryam Jameela di sebuah stesen TV tempatan sebelum beliau meninggal dunia.

LAHORE --  Seorang ilmuan serikandi Islam dan juga penulis, Maryam Jameela yang dilahirkan sebagai seorang Yahudi tetapi telah memeluk Islam pada usia 27 tahun selepas kagum dengan penulisan Maulana Syed Abul Ala Mawdudi, telah meninggal dunia akibat kegagalan jantung di sini pada hari Rabu 31/10/2012 yang lalu.

Jameela dilahirkan di New York, Amerika Syarikat. Selepas memeluk agama Islam beliau telah datang ke Lahore pada tahun 1961 dan berkahwin dengan seorang ahli Jamaat Islami, Yousuf Khan. Beliau kemudian mengabdikan hidupnya kepada penyebaran dakwah agama Islam.

Maryam Jameela telah menulis 34 buah buku, tetapi buku Islam in Theory and Practice dan Islam and Orientalism antara karyanya yang paling popular dan dikenali. Semua buku tulisannya adalah di dalam Bahasa Inggeris.

Jasad beliau telah dikebumikan di tanah perkuburan Sunnat Nagar pada waktu petang. Solat jenazahnya telah diimamkan oleh Hafiz Muhammad Idrees.

Pemimpin JI termasuk Timbalan Ketua, Ch Muhammad Aslam Saleemi, Dr Farid Ahmed Piracha, Ahmed Mian Maqsod dan beratus-ratus pekerja JI menghadiri upacara majlis pengkebumiannya itu. Ketua JI Pakistan, Syed Munawar Hasan, Prof Ghafoor Ahmed, Prof Khurshid Ahmed, Sirajul Haq, Liaquat Baloch dan lain-lain pemimpin Parti Pusat turut melahirkan rasa kesedihan di pemergiannya.

Menurut mereka, Maryam Jameela adalah seorang wanita hebat yang menemui cahaya kebenaran selepas mengharungi perjuangan yang besar dan selepas memeluk Islam dia mengabdikan hidupnya dalam memperjuangkan ad-Deen. Jasa al-marhumah dalam menyebarkan dakwah Islam sebagai agama yang praktikal untuk seluruh umat manusia.

Read Full 0 comments

VIDEO Dan KRONOLOGI Serbuan JAIS Di Majlis Kelahiran ABUYA

9.30 malam - Majlis jamuan makan malam milad almarhum Abuya diadakan oleh IkhwanGlobal, Rawang diadakan ketika ini.

9:42 malam - Persembahan nasyid sedang diadakan ketika ini.

9:45 malam - Operasi Serbu Ajaran Sesat yang dilancarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dimulakan. Semua acara yang sedang berlangsung diarahkan supaya berhenti.

10.08 malam - Pihak penganjur sedang dikumpulkan oleh pihak JAIS untuk diambil keterangan.  Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrul Amin Baharon turut berada pada majlis ini sebagai tetamu jemputan.


Pegawai penguat kuasa JAIS menjelaskan mereka mempunyai bukti bahawa kumpulan itu terlibat dalam usaha menghidupkan ajaran sesat Al-Arqam. 

10:14 malam - Pihak JAIS dalam proses menyoal siasat penganjur. Nama mereka yang hadir termasuk VIP diambil oleh JAIS. Dianggarkan lebih 3,000 tetamu hadir di dalam program ini.

10:38 malam - Berlaku beberapa kekecohan ketika pemimpin kumpulan itu mahu ditangkap, bagaimanapun keadaan berjaya terkawal. Pemimpin bekas pergerakan Al-Arqam dan VIP termasuk Dr. Badrulamin Bahron kemudiannya ditahan dan dibawa ke dalam trak JAIS.

Kekecohan semasa serbuan JAIS ke atas markas bekas pengikut Al-Arqam.

Lagi video kekecohan serbuan JAIS, apabila pegawai penguat kuasa cuba merampas kamera dan menangkap seorang ahli bekas pergerakan Al-Arqam.

10:40 malam - Beberapa orang pengikut pergerakan itu memaklumkan majlis malam ini untuk mengingati kelahiran pemimpin mereka Ashaari Mohamad dan hadirin yang datang adalah dari seluruh negara. Lokasi di taman perumahan Country Homes di Rawang itu digunakan selepas mereka berpindah dari Labuan.

10:49 malam - Penganjur telah menghentikan acara dan semua kain rentang diturunkan.

10:54 malam - Pemimpin bekas pergerakan Al-Arqam telah dibawa ke pejabat JAIS.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks