blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

TERKINI, Badrul Amin Dan Ann Wan Seng DITAHAN JAIS

Thursday, November 1, 2012

TERKINI. Dikhabarkan Dr Badrul Amin dan Ust Ann Wan Seng yang menghadiri majlis makan malam mengenang Abuya telah ditahan di dalam serbuan oleh JAIS dan pihak berkuasa Majlis Tempatan sebentar tadi. Majlis kenduri mega dengan tema "Menjana Kekuatan Ekonomi Ummah Memperkasa Dakwah" yang dianjurkan oleh Ikhwan Global di Rawang ini telah diarahkan berhenti oleh JAIS.

Difahamkan mereka yang ditahan di dalam majlis makan malam itu kini sedang di dalam trak dan mungkin dibawa ke Shah Alam.

Penguatkuasa JAIS cuba memeriksa Kad Pengenalan semua tetamu yang hadir ke majlis kenduri anjuran Ikhwan Global di Rawang.

Ust Ann Wan Seng juga merupakan seorang penulis buku AL-ARQAM DI SEBALIK TABIR yang telah diulang cetak dalam masa satu minggu dan habis dijual dalam masa 4 hari. Buku tentang Al-Arqam ini adalah satu-satunya ditulis oleh seorang penulis bangsa Cina.


Kredit info : Ronasina

Read Full 0 comments

Kereta TERJUNAM Di Jambatan PULAU PINANG


GEORGE TOWN, 1 Nov -- Kelihatan Jambatan Pulau Pinang sesak ketika kerja-kerja menaikkan sebuah kereta yang terjunam dari Jambatan Pulau Pinang awal pagi tadi.

Kereta berkenaan yang melalui dari arah Butterworth ke George Town terbabas lalu melanggar tembok Jambatan Pulau Pinang dan terjunam ke dalam laut dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut pemandu kereta berkenaan terbunuh apabila tersepit di dalam kereta berkenaan.


Anggota penyelamat menaikkan sebuah kereta yang terjunam ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang di sini hari ini.


Kredit : Bernama
Read Full 3 comments

Mekanik Terima 1 SAMAN Trafik, 3 SAMAN AES Tetapi Bukan Keretanya


Mangsa menunjukkan saman AES yang diterimanya, tetapi kereta yang berbeza.

JOHOR - Seorang mekanik berusia 57 tahun telah menerima 1 saman trafik dan 3 saman daripada kamera AES dalam masa 2 bulan. Bagaimanapun ia menafikan saman itu adalah miliknya kerana gambar yang ditunjukkan oleh kamera AES itu adalah kereta yang berbeza tetapi menggunakan nombor pendaftaran yang sama.

Mangsa yang memandu kereta Perodua Alza silver bernombor pendaftaran JNJ 4186 menerima saman pertama daripada JPJ menunjukkan pada 28 September jam 4.22 ptg beliau memandu laju di Batu Pahat, sedangkan pada masa itu beliau sebenarnya masih bekerja.

"Selepas insiden itu, saya pergi ke balai polis untuk melaporkan perkara ini. Seminggu kemudian saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa saman ini akan dibatalkan" katanya.

Mangsa kemudiannya menerima saman kedua bertarikh 2 Oktober jam 5.33 ptg kerana memandu laju di kilometer 376.9 lebuhraya Utara-Selatan. Pada tarikh dan masa itu juga beliau sedang bekerja dan mempunyai dokumen yang membuktikan dia sedang bekerja.

Mangsa yang tidak berpuas hati telah merujuk ke ibu pejabat JPJ Johor dan diarahkan untuk membuat pemeriksaan kenderaan miliknya supaya dapat disahkan. Akhirnya keputusan yang diperolehi menunjukkan kereta miliknya adalah sah dan tulen tanpa ada sebarang perubahan.


Pemeriksaan membuktikan badan dan enjin kereta milik mangsa adalah tulen.


Pihak berkuasa JPJ kemudiannya memberikan kepada mangsa alamat Syarikat Pengurusan AES supaya saya dapat menulis surat untuk memaklumkan insiden yang sebenar. Bagaimanapun tidak lama kemudian mangsa menerima lagi saman AES untuk kali ketiga dan keempat.

Lebih menarik lagi, saman AES ketiga dan keempat yang diterima mangsa bertarikh 20 Oktober itu menunjukkan mangsa memandu laju pada jam 1.52 petang di kilometer 375.9 lebuhraya Utara-Selatan dan pada jam 4.03 petang di kilometer 204.6 lebuhraya Utara-Selatan. Gambar yang ditunjukkan dalam saman AES itu adalah model kereta yang samatetapi warna yang berbeza iaitu warna hitam.

Mangsa yang menerima 4 saman kerana memandu laju ini disaman sebanyak RM300 setiap kesalahan. 2 lagi saman yang diterimanya memerlukan mangsa untuk hadir ke Mahkamah Majistret Taiping pada 7 Januari dan Mahkamah Slim River pada 8 Januari.

Walaupun telah membuat laporan polis sebanyak 4 kali dan banyak kali merujuk JPJ serta polis trafik namun masalah saman yang diterimanya masih tidak dapat diselesaikan walaupun mangsa mempunyai dokumen lengkap yang kukuh menyebabkan mangsa merasa sangat kecewa.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks