blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

UMNO Kampar TIDAK BAYAR Duit Jamuan Raya HINGGA HARI INI

Tuesday, October 30, 2012

PERAK -- Encik Jamal yang juga seorang katerer untuk jamuan Majlis Hari Raya yang dianjurkan oleh UMNO Kampar pada September lalu membuat sidang media di Pejabat PKR Perak selepas tidak menerima bayaran yang sepatutnya.

Dalam usaha Jamal untuk menuntut bayaran, beliau juga sudah berjumpa dengan Setiausaha Kanan Menteri Besar Perak, namun ia juga masih belum selesai.
Read Full 1 comments

Lantai AL-QUDS Mula RUNTUH Kerana Pengorekan YAHUDI ZIONIS



Al-QUDS – Salah satu lantai di bandar Al-Quds telah runtuh pada hari Ahad (28/10/2012) yang lepas. Jalan di Bab Al-Amud yang terletak dalam tembok kompleks kota lama Al-Quds membuktikan bahawa ruang di bawah lantai tersebut telah kosong sedalam dua meter. Lubang sedalam dua meter itu memiliki terowong-terowong yang bercabang menuju ke arah kota lama Al-Quds.

Salah seorang peniaga di Bab Al-Amud menceritakan kepada wartawan, "Pada jam empat petang, ketika salah seorang penduduk berjalan di jalan Bab Al-Amud, ia merasakan lantai yang dipijaknya bergerak-gerak. Pada jam lapan malam, kami dikejutkan dengan runtuhnya lantai tersebut. Ternyata tanah di bawah lantai itu telah kosong sedalam dua meter."




Abu Ahmad Dandis, seorang penduduk berusia 70 tahun yang telah bekerja di Bab Al-Amud selama lima puluh tahun berkata, "Inilah kali pertama sejak 50 tahun, lantai di jalan Bab Al-Amud runtuh. Ini kerana orang-orang Israel melakukan penggalian terowong di bawah lantai tersebut sejak 1980. Penggalian itu dimulakan dari Bab Rumani di bawah Jambatan Bab Al-Amud, menuju ke Mu'sharah dua tingkat di bawah jalan Bab Al-Amud, sehinggalah ke kota lama Al-Quds."

Bab Al-Amud yang terletak di kota Al-Quds merupakan salah satu pintu terpenting menuju kota lama Al-Quds. Dari Bab Al-Amud, pengunjung boleh memasuki kota lama Al-Quds dan kompleks masjid Al-Aqsa. Penggalian zionis Yahudi sejak puluhan tahun ini semakin mengancam keselamatan masjid Al-Aqsa dan kota lama Al-Quds.

Penjajah zionis Yahudi bercita-cita untuk merobohkan masjid Al-Aqsa dan membangunkan Kuil Sulaiman di atas kesan-kesan runtuhannya.
Read Full 0 comments

CCTV Rakam Perbuatan GURU Hempas Kanak-kanak 4 Tahun


CHINA -- Seorang guru telah menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun mengalami kerosakan otak selepas dihempas ke lantai - dan perbuatan itu telah dirakam CCTV.

Imej-imej mengejutkan ketika guru itu menghempas tubuh kanak-kanak itu telah dirakamkan dan menunjukkan dia turut menendang kanak-kanak itu selepas ia terbaring di atas lantai, sebelum kemudiannya menghempaskannya sekali lagi dengan kali ini mukanya terhempas dahulu ke lantai.

Laporan media tempatan berkata, kanak-kanak yang mengalami masalah mental itu kemudian tidak sedarkan diri. Kanak-kanak malang itu juga dilaporkan mengalami kerosakan otak yang serius.

Guru yang pada mulanya menafikan ada melakukan sebarang kesalahan kini telah didakwa. Video ini adalah insiden kedua melibatkan perbuatan dera di China sejak minggu lepas. Sebelum ini perbuatan seorang guru wanita yang bernama Yan menarik telinga pelajarnya sehingga terangkat menjadi perbualan hangat di sana.

Dalam kejadian yang lain seorang guru dirakamkan menampar berulang kali muridnya kerana lemah alam pelajaran matematik.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks