blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

HARLEY-DAVIDSON Mangsa TSUNAMI Jepun Dipamerkan

Monday, October 29, 2012


AS -- Harley-Davidson Softail Night Train buatan 2004 yang sedang dipamerkan di Muzium Harley Davidson ini adalah milik seorang mangsa gempa bumi dan tsunami yang terjadi di Jepun bernama Ikuo Yokoyama.

Motosikal ini telah diseret oleh ombak laut dari wilayah Miyagi Prefecture, di bahagian utara Jepun sehingga terdampar Graham Island di British Columbia, Kanada, akibat bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepang, Maret tahun lalu.

Seperti dilaporkanr Autoblog, motosikal ini pertama kali ditemui oleh Peter Mark seorang warga Kanada yang menjaga pantai di Graham Island. Mark menemui Harley-Davidson ini dalam sebuah peti kemas yang terdampar dua bulan setelah bencana.

Pihak Harley-Davidson pernah menawarkan agar motosikal itu diperbaiki dan dikembalikan kepada Yokoyama. Namun tawaran itu ditolak oleh Yokoyama dan lebih memilih supaya motosikal itu diabadikan sebagai kenangan kesan dari bencana gempa bumi dan tsunami Jepun.

Bill Davidson, wakil Presiden Muzium Harley-Davidson merasa bangga dan sanggup menyimpan motosikal yang nilainya sangat bersejarah ini.

"Motosikal ini memiliki kisah yang luar biasa untuk diceritakan, dan kami merasa bangga dapat menyimpan dan berkongsi cerita kepada para pengunjung yang datang," ujar Davidson.

Hingga saat ini, bentuk Harley-Davidson itu masih sama seperti ketika pertama kali ia ditemui Mark, ia sengaja dilakukan sebegitu untuk memperingati para mangsa yang terlibat dalam bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun.






Read Full 0 comments

SUAMI Saman Isteri Kerana WAJAH Asalnya HODOH



BEIJING -- Jika anda membeli barang, kemudian merasa barang yang dibelinya tidak seperti yang diinginkan, kebiasaanya barang itu dikembalikan kepada penjualnya. Bagaimana jika anda mempunyai isteri cantik tetapi ianya kerana hasil pembedahan plastik, dan anda tidak tahu wajah hodohnya sebelum ini?

Seorang lelaki China yang berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berniat memulangkan isterinya kepada orang tuanya. Ia menyaman isterinya sendiri dan menang di mahkamah serta mendapat wang ganti rugi USD120 ribu (lebih RM360 ribu).

Jian Feng, lelaki yang tinggal di China Utara ingin bercerai dengan isterinya setelah mendapati bayi perempuan yang dilahirkan isterinya tidak cantik. Ia merasa ditipu isterinya yang cantik kerana hasil pembedahan plastik, sedangkan wajah asalnya adalah hodoh. Pasti si isteri ini mempunyai duit yang banyak untuk mengubah penampilannya.

“Saya bernikah dengan isteri saya yang cantik. Tetapi selepas mendapat puteri pertama, kami mulai mengalami masalah perkawinan. Anak perempuan kami sangat hodoh rupanya, mengerikan,” menurut petikan RT Online, Rusia, Sabtu (27/10/2012).

Pada awalnya Feng curiga isterinya berlaku curang kerana anaknya tidak secantik isterinya. Rupa-ruupanya isterinya telah melakukan pembedah plastik sebelum bertemu Feng dan mengeluarkan USD 100 ribu untuk mengubah wajahnya.

Isteri Feng tidak pernah bercerita kepada Feng tentang pembedahan wajahnya itu. Kerana merasa ditipu, Feng membawa kes ini ke mahkamah dan memenangi tuntutan USD 120 juta.


Read Full 0 comments

Tak Patut RAGAD Tendang TAIB MAHMUD Depan Orang Ramai


Wisma Bapa Malaysia

Kesian Taib Mahmud... Menurut laporan Sarawak Report kejadian itu turut disaksikan sendiri oleh beberapa orang yang turut berada di Wisma Bapa Malaysia. Ikuti sedutan laporan tersebut di bawah ;

Pada awal bulan ini, Jumaat 12 Oktober yang lalu, beberapa orang telah menyaksikan insiden yang mengejutkan di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Ketua Menteri Taib Mahmud dan isteri mudanya Ragad muncul di ruang legar bangunan pejabat beliau.

Ragad kelihatan muncul di bangunan itu dan mendesak untuk berjumpa dengan suaminya, dan dia terus menunggu sehingga Taib Mahmud turun. Seorang saksi berkata:

"Selepas mengucapkan beberapa perkataan, lelaki tua yang malang itu ditendang oleh isterinya di bahagian tulang kering di khalayak ramai!"

Pasangan itu kemudian beredar dalam kereta yang berasingan.

Ini bukanlah kali pertama 'Pasangan Pertama' Sarawak ini menunjukkan mereka jauh dari kebahagiaan. Dalam satu insiden lain baru-baru ini, Ragad juga bertindak ganas apabila melemparkan beg bimbit Taib kepadanya di hadapan penghuni rumah yang lain.

Sudah tentu, Taib juga tidak pelik dengan perlakuan ganas ini pada dirinya. Sejurus selepas perkahwinannya pada bulan Disember 2010, dia sendiri telah menakut-nakutkan orang-orang di sekelilingnya dengan mengeluarkan pistol emas miliknya dan melepaskan tembakan ke udara selepas kecewa apabila Ragad tiba-tiba hilang tanpa memberitahunya.

Jika itu kelakuan mereka di khalayak ramai .....

Siapa yang mereka fikir mereka hendak tipu?

Kredit : Sarawak Report
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks