blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Demi HAJI, Berjalan Kaki Dari BOSNIA Ke MEKAH

Sunday, October 28, 2012

MEKAH – Seorang warga Bosnia Herzegovina dengan niat suci melakukan perjalanan ibadah haji dengan berjalan kaki dari bandar Sarajevo menuju ke kota suci Mekah melintasi tujuh negara, termasuk Syria yang dilanda perang.

“Saya tiba di Mekah pada hari Sabtu minggu lalu. Saya tidak penat, inilah hari-hari terbaik dalam hidup saya,”  kata Senad Hadzic, 47 tahun saat dihubungi AFP melalui talian Saudi, seperti ditulis Al Ahram Online pada hari Khamis (25/10/2012).

Hadzic telah berjalan sejauh 5,700 kilometer dalam 314 hari sejak berangkat dari Bosnia, melintasi Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan hingga tiba Mekah dengan menggalas beg seberat 20 kilogram.

Dia juga rajin memaklumkan perjalanan terkininya di laman jejaring sosial Facebook serta menunjukkan foto dan cap pasportnya yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri Syria.


“Saya melalui Syria pada bulan April dan berjalan selama 11 hari sejauh 500 kilometer. Saya melalui kota Aleppo dan Damsyik, melalui puluhan pos keselamatan pasukan pemerintah mahupun pemberontak Syria. Namun saya tidak pernah ditahan,” kata Hadzic.

“Di pos keselamatan pasukan al-Assad, tentera memerintahkan saya mengeluarkan seluruh isi beg. Ketika saya tunjukkan kepada mereka kitab Al Qur’an dan menjelaskan sedang melakukan ibadah haji dengan berjalan kaki, mereka melepaskan saya,” ujarnya lagi.

“Saya berjalan dengan petunjuk dari Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Hersegovina, untuk orang tua saya dan kakak saya,” tambahnya.

Di laman Facebook-nya, Hadzic mengatakan telah mendapat petunjuk berjalan dari Tuhan melalui mimpi, termasuk berjalan melalui Syria dan bukannya Iraq.

Dia mampu mengharungi suhu yang di antara -35 darjah Celcius di Bulgaria dan 44 darjah Celcius di Jordan.

Dia juga sempat menunggu keizinan untuk menyerangi jambatan Selat Bosphorus beberapa minggu, dan selama dua bulan di sempadan antara Jordan dan Arab Saudi untuk mendapatkan visa haji. 
Read Full 0 comments

BIAWAK Disangka BUAYA Di Tangkap


PAHANG - Seekor biawak yang disangkakan buaya berjaya ditangkap oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat di sebuah stesen minyak Esso pada hari Jumaat (26/12/2012) lalu. Biawak itu yang dipercayai lari dari sebuah pasar awam berdekatan itu kekenyangan selepas memakan sisa daging ayam dan itik yang banyak di sana.

Biawak yang sebesar anak buaya itu dipercayai sudah lama tinggal berhampiran pasar awam di situ yang menjadi tempatnya mendapatkan makanan sehingga menjadi begitu besar.


Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks