KEMBOJA - Mantan Raja Kamboja Norodom Sihanouk telah meninggal kerana faktor semula jadi dalam usia 90 tahun di Beijing, China, tempatnya menjalani perawatan oleh para doktor China, kata Wakil Perdana Menteri Kamboja Nhik Bun Chhay, hari ini.
"Bekas Raja Kami meninggal dunia pada pukul 02.00 pagi hari Isnin, di Beijing kerana sebab semula jadi," kata Bun Chhay melalui telefon kepada Xinhua pada pagi Isnin pagi.
"Ini adalah kehilangan yang sangat besar kepada Kamboja. Kami merasa sangat sedih. Mantan Raja adalah raja yang sangat kami semua hormati dan cintai."
Ia turut memaklumkan Raja Sihamoni dirancangkan akan terbang ke Beijing pada pagi ini untuk membawa jenazah Raja Sihanouk ke Kamboja untuk pengkebumian tradisional.
Sihanouk dilahirkan pada 31 Oktober 1922. Ia yang menderita pelbagai jenis kanser, diabetes dan tekanan darah tinggi telah dirawat oleh doktor-doktor China di Beijing sejak bertahun-tahun.