blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

3 KETUA MENTERI, 1 Perkahwinan, 1 Penceraian dan 1 Sumbangan

Saturday, October 13, 2012

Semalam, kerajaan BN dengan bangganya mengumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bebas dari tuduhan skandal melibatkan wang RM40 juta kerana telah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysa (SPRM) atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Adakah SPRM sudah menjalankan siasatan penuh termasuk merekodkan kenyataan Datuk Seri Musa?

Menurut jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Peguam Negara tidak menemui apa-apa elemen rasuah dalam kes penahanan ahli perniagaan Sabah di Hong Kong ketika cuba untuk menyeludup keluar RM40 juta dalam mata wang Singapura. Nazri berkata bahawa siasatan  mendapati wang itu adalah untuk sumbangan politik kepada UMNO Sabah dan bukannya kepada Musa.

BN pasti menyangka rakyat Malaysia sebegitu bodoh jika mereka mengharapkan supaya orang ramai untuk mempercayai cerita ini dan menerima hakikat bahawa segala-galanya adalah baik kerana wang yang diseludup itu adalah untuk UMNO Sabah dan bukannya untuk Musa. Apakah syarat-syarat disebalik pemberian RM40 juta kepada UMNO Sabah dan mengapa ianya di dalam mata wang Singapura?. Sekali lagi SPRM cuba untuk menutup terang-terangan amalan politik wang oleh BN.


Anak lelaki Taib & anak lelaki Ali Rustam

Skandal penyeludupan RM40 juta ini muncul bersama dengan dua lagi skandal lain yang melibatkan dua Ketua Menteri BN yang lain. Baru-baru ini sebuah NGO Switzerland mendakwa bahawa kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dianggarkan RM46 bilion, menjadikannya orang terkaya di Malaysia. Kekayaan keluarga Taib diikuti oleh prosiding perceraian anaknya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa kekayaan anak Taib ini sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan 110 akaun peribadi di bank-bank seluruh dunia.

Diikuti pula majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam di mana 130,000 tetamu telah diraikan dalam sambutan mewah yang memecah rekod di Malaysia. Sehingga hari ini Ali Rustam telah gagal untuk menjelaskan bagaimana dia mampu mengadakan majlis perkahwinan semewah itu. Ali Rustam mendakwa kosnya hanyalah RM600,000 dan dia tidak membayarnya kerana ditaja sepenuhnya. Adakah ini bukan politik wang jika Ali Rustam telah menerima "penajaan" untuk perkahwinan anaknya?. Pada masa akan datang, mana-mana pasangan pengantin yang hendak berkahwin harus bertanya kepada Ali Rustam untuk menaja perkahwinan mereka kerana Ali boleh dapatkan tajaan untuk anaknya.

Rakyat Malaysia tidak boleh lagi membiarkan keangkuhan yang ditunjukkan oleh pemimpin BN yang bukan sahaja mengaut kekayaan luar biasa tetapi juga menunjukkannya secara terbuka. SPRM tidak menunjukkan kredibiliti kepada rakyat Malaysia kerana hanya menjalankan siasatan bebas ke atas dakwaan perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka, Datuk Sri Mohd Ali Rustam dengan kehadiran 130,000 tetamu dan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud sedangkan tiada tindakan diambil terhadap RM40 juta yang diberikan kepada UMNO Sabah.


Kredit : Malaysia Chronicle
Read Full 0 comments

6 Bulan TERBENAM DALAM TASIK, iPhone Masih BERFUNGSI


ALABAMA - Terbukti sebuah iPhone memiliki daya ketahanan yang luar biasa. Walaupun sudah terbenam di dalam sebuah tasik selama enam bulan, smartphone Apple itu masih dapat beroperasi dengan normal.

Berita yang dipetik dari Ubergizmo melaporkan seorang pemuda bernama Ken Hovanes secara tidak sengaja telah menjatuhkan iPhone miliknya ke dalam Tasik Smith di Alabama, AS, pada bulan April 2012 lalu. Hovanes kemudian terjun ke dalam tasik dan menyelam untuk mencari iPhone-nya yang terjatuh itu.

Namun setelah melakukan pencarian sehari suntuk, iPhone tersebut tidak juga ditemui sehingga akhirnya Hovanes berputus asa.

Setelah enam bulan berlalu, air di Tasik Smith mengalami surut yang drastik. Kerana masih mengharap, Hovanes kembali semula untuk mencari. Dan untuk kali ini, ternyata iPhone-nya berjaya ditemui.

Ketika iPhone itu dihidupkan, Hovanes turut terkejut kerana ia masih boleh berfungsi seperti biasa. Hanya pada sisi iPhone miliknya itu berlumut dan terdapat sedikit karat.

Walaupun dapat beroperasi secara normal, namun mikrofonnya tidak berfungsi. Selain itu, iPhone tersebut juga tidak dapat dikesan oleh komputer ketika dihubungkan.

Selain daripada kerosakan itu, bagi sebuah telefon yang sudah terendam selama enam bulan di dasar tasik selama enam bulan adalah sesuatu perkara yang luar biasa.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks