blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bar Pertama MASTURBASI WANITA Dibuka Di JEPUN

Friday, October 12, 2012


JEPUN - Masturbasi yang sering kali dianggap taboo kini berubah menjadi perkara biasa dan dibenarkan. Malah kini ada bar khusus untuk kaum perempuan melakukan aktiviti tersebut.

Jepun kini tidak hanya menyediakan bar sebagai tempat 'ketenangan' bersama minuman alkohol malah kini ia juga menyediakan tempat untuk melepas hasrat seksual yang tertunggak.

Love Joule adalah bar pertama di Jepun yang didedikasikan khusus untuk wanita. Seperti dilaporkan Tokyo Reporter, pemiliknya berharap atmosfera di bar ini dapat membuatkan wanita lebih bersikap terbuka mengenai masturbasi.

Melihat kepada pelbagai aksesori yang dipamerkan, rasanya sukar bagi pelanggan yang datang untuk menahan diri daripada membicarakan kegunaannya, sekaligus akan menimbulkan rasa tertarik untuk menggunakannya.


Menurut Huff Post, Megumi Nakagawa menjelaskan bar yang direkabentuk berwarna-warni dan terletak di daerah Shibuya ini merupakan bar cinta dan seks yang sengaja didedikasikan untuk wanita.

"Setelah duduk, pelanggan akan mengalami suasana sensasi yang menyenangkan di mana mereka boleh secara terbuka berbual mengenai masturbasi. Ramai orang yang melihat masturbasi wanita sebagai sesuatu yang misteri atau taboo, ia bukanlah topik yang biasa dibualkan di dalam bar pada umumnya," jelasnya.

Tempat ini semakin terkenal seiring berkembangnya industri filem porno di Tokyo. Malah mantan pelakon filem porno Nayuka Mine dan model Sayo Hayakawa dikhabarkan suka berkunjung ke tempat ini. Seorang wartawan dari laman web tempatan, Bikyamasr.com tertarik untuk mengunjungi bar ini dan berbual dengan beberapa pengunjung.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kaum lelaki dilarang memasuki Love Joule. Pengunjung lelaki hanya akan dibenarkan masuk jika datang bersama seorang wanita. Pengunjung lelaki yang tidak membawa teman wanita akan tidak dibenarkan masuk dan tertanya-tanya apakah sebenarnya berlaku di dalam sana.
Read Full 0 comments

IBU MENGANDUNG Dipukul Dan Dibelah Perut Untuk CURI BAYI

Mengerikan ... Daiana dos Santos, telah memujuk Odete ke rumahnya sebelum melakukan serangan yang mengerikan.

BRAZIL - Seorang ibu yang anaknya dicuri ketika dalam kandungan akhirnya berjaya disatukan semula dengan anaknya.

Odete Barreto, 22 tahun ketika usia kehamilannya mencecah minggu ke 37 telah datang ke rumah Daiana dos Santos, 21, setelah diperdaya hendak diberikan pakaian bayi percuma.

Malangnya sebaik saja ibu malang itu masuk ke dalam rumah, Santos telah mengetuk kepalanya dengan papan pemotong kayu kemudiannya membelah perutnya dengan pisau cukur dan mencuri bayi itu.


Kad Pengenalan ibu malang Odete Barreto.

Dia kemudian meninggalkan ibu yang sedang menanti kematian itu sambil membawa bayi ke jalanan dan mendakwa bahawa bayi perempuan ini adalah anaknya.

Jiran-jiran yang terkejut telah berlari ke dalam rumah dan mendapati Odete dalam keadaan berlumuran darah. Tanpa membuang masa mereka terus membuat panggilan kecemasan.


Polis membawa papan pemotong yang digunakan untuk mengetuk kepala Odete.

Ibu dan bayi malang itu dikejarkan ke hospital dan ditahan selama 15 hari di unit rawatan rapi di Manaus, Brazil.

Menurut polis, Santos menjadi terdesak selepas dimaklumkan pada bulan lepas bahawa dia tidak mengandung seperti mana yang disangkakannya.

Pada ketika itu beliau bertemu Odete di klinik kesihatan yang sama, beliau telah memujuk mangsa untuk datang ke rumahnya.


Odete dan bayinya telah dibawa ke hospital Maternidade Ana Braga.

Ketua Polis Adriano Feliz berkata: "Doktor memberitahunya bahawa dia tidak mengandung tetapi perutnya yang besar sebenarnya adalah kerana penyakit myoma (sejenis kanser rahim).

Beliau yang tidak dapat menerima hakikat menjadi histeria dan mahu mendapatkan anak walau dengan apa cara sekalipun.

"Dia takut jika suaminya akan meninggalkannya apabila mendapati dirinya tidak boleh mengandung."

Odete Barreto dapat melihat bayinya untuk kali pertama semalam selepas kedua-duanya dibenarkan keluar dari hospital.

Santos kini ditempatkan di penjara wanita Manaus 'Anisio Jobin di atas dakwaan cubaan membunuh.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks