blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

GURU Gigit Telinga Lelaki Tua Kerana BEREBUT KERUSI

Thursday, October 11, 2012


CHINA - Seorang guru berusia 28 tahun telah menggigit telinga seorang lelaki tua di dalam pergelutan berdarah kerana berebut tempat duduk di dalam sebuah kereta api.

Pergaduhan yang berlaku di Subway Guangzhou pada 7 Oktober lepas menyebabkan lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 60-an berdarah hidungnya.

Raakaman video pergaduhan itu juga tersebar di kalangan penduduk China. Dalam rakaman itu, darah boleh dilihat di atas lantai dan kerusi di dalam kabin keretapi tersebut.

Lelaki tua juga dilihat membalas pukulan lelaki muda itu di atas kerusi dan memukulnya sambil dilihat penumpang lain.

Menurut laporan lain, kedua-dua lelaki itu kemudiannya ditahan oleh polis tetapi dibebaskan sejurus kemudian.

Read Full 0 comments

UJIAN JATUH iPhone 5 VS Samsung SIII, Siapa MENANG?



Dalam ujian kejatuhan untuk dua telefon pintar yang paling popular di pasaran, siapakah yang akan menang?. Sebuah laman teknologi Android Authority memutuskan untuk membandingkan kekuatan kedua-dua telefon pintar ini iaitu iPhone 5 dan Samsung Galaxy S3 untuk menjalani ujian ini.

Ujian yang dilakukan pada beberapa ketinggian yang pengguna sering terjatuh telefon mereka dari ketinggian - terjatuh dari poket (pada ketinggian 76.2cm), terjatuh dari paras telinga (pada ketinggian 1.22 meter) dan terjatuh ketika digunakan (pada ketinggian 1.7 meter).


Terjatuh dari poket (76.2cm)

Iphone 5 tiada kerosakan kepada skrin, hanya calar sudut telefon kerana kesan hentakan. 

S3 juga tiada kerosakan kepada skrin, hanya calar di pinggir telefon.



Terjatuh pada aras telinga (1.22m)

Iphone 5 hanya mengalami kerosakan calar pada sudut telefon. 

Tetapi bagi S3 ia akan menyebabkan anda menangis..kesan hentakan menyebabkan skrin menjadi retak. Walaupun paparan telefon tidak terjejas, tetapi retakan di sudut atas telefon agak teruk.



Terjatuh pada aras telinga (1.7m)

Iphone 5 mengalami kerosakan pada susudt telefon kerana hentakan, tetapi tiada sebarang kerosakan pada skrin. 

Ia juga masih boleh berfungsi dengan baik. 

Pengulas berkata bahawa kesan kejatuhan hanya menyebabkan "kerosakan minimum, kerosakan kecil estetik bezel". 

Kesan kejatuhan ketinggian ini pada S3 menyebabkan cover belakang telefon ini tercabut dan retak pada skrin. Bagaimanapun skrin telefon ini masih berfungsi dengan baik.

Pengulas membuat kesimpulan bahawa walau apapun jenis kaca yang digunakan Apple untuk iPhone 5, ia adalah sangat tahan lasak kerana walaupun telah dijatuhkan dari pelbagai ketinggian tetapi ia masih tidak retak.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks