blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

KEPALA TERSANGKUT Dalam TONG SAMPAH Ketika Ambil Rokok

Saturday, October 6, 2012


ABERDEEN – Seorang lelaki terpaksa diselamatkan oleh petugas kecemasan kerana kepalanya tersangkut di dalam tong sampah. Peristiwa itu terjadi ketika ia cuba untuk mengambil rokoknya yang terjatuh.

Polis, pasukan bomba, dan ambulans bergegas ke tempat kejadian di Aberdeen, Scotland. Ramai orang yang berkumpul untuk menyaksikan proses penyelamatan yang pelik itu.

Petugas mengambil masa 15 minit untuk memotong bahagian atas dari tong sampah tersebut. Mereka menggunakan alat pemotong untuk memotong tong sampah itu.

Sebaik diselamatkan, lelaki itu terus dibawa ke Aberdeen Royal Infirmary dan dirawat kerana kecederaan luka pada wajahnya.

“Kami tidak pasti apa yang dicarinya dan adakah ia telah menemui barang yang dicarinya. Apa yang pasti tiada sebarang dakwaan jenayah di atas peristiwa ini," kata juru cakap Polis Grampian.


Kredit : Telegraph 
Read Full 0 comments

ARAK Berperisa PAYUDARA Dijual RM450 Sebotol


BERLIN - Sebuah syarikat arak di Berlin, Jerman telah mengeluarkan minuman baru yang berperisa payudara seorang model. Cara pembuatan arak itu juga unik, minuman beralkohol itu harus ditumpahkan dulu ke dada seorang model sebelum dimasukkan ke dalam botol dan dibungkus.

Syarikat G-Spirits yang asal Jerman adalah sebuah kilang yang menghasilkan vodka, rum dan whisky dalam edisi khas. Arak edisi khas itu adalah minuman yang sudah ditumpahkan ke dada seorang model Playboy yang berasal dari Hungary, Alexa Varga seperti yang dilaporkan oleh Orange pada Jumaat (5/10/2012).

Selain Varga, terdapat juga model lain seperti Amina Malakona dan Evelin Aubert yang diambil gambar dalam keadaan bogel sambil menumpahkan minuman keras itu di dadanya. G-Spirits menghasilkan minuman berperisa payudara itu sebanyak 2,500 liter dan dibungkus semula dalam botol-botol berukuran sederhana sebelum dijual pada harga USD 150 (lebih RM450) sebotol.

Penjualan minuman itu juga mendapat komen daripada beberapa pihak yang bimbang dengan kebersihan minuman itu. Namun G-Spirits menegaskan produk-produknya sudah diperiksa oleh Jabatan Kesihatan.

"Kami sangat mengutamakan kebersihan dalam proses pembuatannya, pasukan-pasukan perubatan juga datang untuk memeriksanya," kata wakil G-Spirits.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks