blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Rakaman Adegan Seks HULK HOGAN Tersebar

Friday, October 5, 2012

LOS ANGELES - Video seks bekas ahli gusti ternama, Hulk Hogan, akhirnya tersebar. Video itu dimuat naik oleh sebuah laman internet dan menunjukkan kira-kira satu minit adegan seks Hulk dengan seorang wanita.

Seperti dilaporkan Radaronline, wanita itu adalah Heater Clem, bekas isteri sahabat Hulk, DJ Bubba the Love Sponge.

Rakaman itu terjadi di atas tempat tidur. Namun anehnya, pada rakaman video tersebut terdengar suara seorang lelaki seperti Bubba. Kemudian kedengaran suara tiga orang saling berbual.

"Kamun berdua lakukan tugas masing-masing. Aku berada di pejabat jika perlukan bantuan," kata suara lelaki misteri.

Sebaik lelaki misteri meninggalkan ruangan itu, Hulk dan Heater berbual sebentar dan terpacul nama Bubba. Heater kemudian mengatakan, "We just f****d earlier today."

Hulk kemudian bertanya, "Who? You and Bubba?"

Setelah saling berbual, keduanya kemudian melakukan hubungan intim. Dalam rakaman video tersebut, lelaki itu dikenali sebagai Hulk kerana memiliki kepala yang botak di bahagian depan dengan rambut putih panjang di belakangnya.

Khabar munculnya video seks Hulk Hogan dengan seorang wanita sudah mula kedengaran sejak Mac lalu. Hulk mengakui marah dengan kemunculan video seks tersebut.

"Hulk sangat sangat terkejut dengan rancangan tayangan tidak sah dari video yang dirakamkan secara diam-diam," terang wakil Hulk.

Hulk Hogan atau nama sebenarnya Terry Bollea itu berkata rakaman seks itu telah dibuat tanpa pengetahuannya.

"(Hulk) tidak bersetuju dengan penerbitan filem mahupun mengeluarkan rakaman tersebut. Ini jelas merupakan serangan yang keteraluan dan pelanggaran hak privasi jika rakaman video itu benar-benar asli," jelas wakil Hulk lagi.
Read Full 0 comments

Perkahwinan JANET JACKSON Dan Jutawan Qatar Bernilai USD 20 JUTA



DOHA - Janet Jackson dan tunangnya yang juga seorang jutawan Wissam al-Mana (gambar) sedang merancang untuk berkhwin di ibu negara Qatar, Doha dalam sebuah majlis perkahwinan mewah dianggar bernilai USD 20 juta (lebih RM 60 juta) pada tahun 2013, menurut sebuah laporan media pada hari Rabu (3/10/2012).

Menurut maklumat terdekat majlis perkahwinan tersebut akan menjadi "salah satu majlis yang terbesar, ekstravaganza yang paling diingati dalam sejarah."

"Mereka telah menetapkan tentatif selewat-lewatnya pada tahun 2013 untuk tarikh perkahwinan itu. Tetapi mereka masih merancang untuk mencari hari yang sesuai," kata sumber kepada sebuah majalah.

Pengarang buku terkenal dari Turki, Adnan Oktar (aka Harun Yahya) mendakwa semasa temu bualnya dengan rangkaian Turki pada tahun 2010, bahawa Janet, 46, dan arwah abangnya Michael Jackson telah memeluk agama Islam.

"Saya telah memberikan kepada Janet Jackson sebuah buku karangan saya," kata Adnan. "Saya juga memberikan kepada allahyarham (Michael Jackson) sebuah buku saya. Abangnya adalah seorang Muslim. Janet juga pada hakikatnya seorang Muslim. Seperti abangnya, dia menyembunyikan (identiti) itu. Dia adalah seorang mukmin yang taat ... sama seperti abangnya. "

Pasangan itu untuk merancang untuk membelanjakan USD 3 juta (lebih RM 9 juta) untuk perbelanjaan menerbangkan 500 tetamu mereka dari seluruh dunia, menurut laporan itu. Wissam dilaporkan merancang untuk menghadiahkan kepada semua tetamu jam tangan Rolex berharga USD 10,000 (lebih RM30 ribu) sebagai ucapan terima kasih kerana menghadiri majlis tersebut.

"Wissam akan menjadikan majlis perkahwinannya dengan Janet sebuah majlis perkahwinan terhebat abad ini," kata orang dalam yag tidak mahu namanya didedahkan dalam majalah National Enquirer itu.

Wissam dilaporkan 10 tahun lebih muda daripada Janet dan kedua-dua mereka telah berkenalan sejak musim panas 2010. Beliau dilaporkan telah melamar Janet pada tahun lepas cincin berlian 15-karat.

Wissam al-Mana, 36, adalah seorang eksekutif di al-Mana Group, sebuah entiti besar perniagaan di Qatar.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks