Seorang remaja hamil bergegas dibawa ke sebuah hospital dengan sebuah teksi.
Bagaimanapun remaja berusia 19 tahun itu tidak sempat sampai ke hospital kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang terkenaldi Bangkok. Cik Chotika Chuennoi akhirnya kemudian bersalin di dalam teksi tersebut.
Seorang anggota polis trafik Mana Jokkoksung (gambar) datang untuk menyelamatkan beliau.
Mana adalah salah seorang daripada beratus-ratus aggota polis Bangkok yang telah diberi latihan kebidanan menurut laporan The Telegraph.
Peristiwa itu telah dirakamkan seorang pengguna jalan raya ketika beliau menyambut kelahiran bayi perempuan di tempat duduk belakang teksi itu.
Lebih menarik, anggota polis itu kini memegang rekod sebagai seorang polis trafik yang paling kerap menyambut kelahiran bayi di dalam kesesakan lalu lintas di Bangkok, iaitu 47 kelahiran setakat ini.
"Saya perlu memaksa diri saya untuk fokus dan mengingat semula proses yang saya telah belajar daripada doktor," kata beliau seperti yang dipetik The Telegraph.
Chotika amat berterima kasih di atas bantuan anggota polis tersebut.
Beliau berkata:
"Ia sangat baik apabila polis mempunyai projek (kebidanan) ini, jika tidak ia akan menjadi sangat bahaya bagi saya dan bayi perempuan saya Dia sangat kecil dan saya begitu bimbang kerana masih berada di dalam seluar saya."