blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

GANGNAM Lebih POPULAR Daripada Lagu NEGARAKU - Timb. Menteri

Tuesday, September 25, 2012


Kerajaan perlu menggunakan elemen budaya popular seperti tarian 'Gangnam Style' dan lagu 'Kolaveri' untuk mendekati orang muda, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany.

"Gangnam dan Kolaveri ini lebih popular dari lagu Negaraku.

"Itu sebabnya lagu 1M4U mempunyai rentak yang tersendiri," kata Devamany.

Rentak yang unik itu diharapkan membantu kerajaan mendekati orang muda yang didakwa jauh daripada perhatian masyarakat.


Kredit - Mkini

Kalau wakil dari Pakatan Rakyat yang cakap....mesti PERKASAm buat demo lagi nih!..hahaha... - Author Faethal
Read Full 0 comments

2 MAUT Dalam Kemalangan MELIBATKAN 10 Kenderaan Di AYER KEROH


MELAKA: Sebuah lori terbabas yang menyebabkan 10 kenderaan kemalangan telah mengorbankan dua mangsa dan beberapa yang lain tercedera di persimpangan lampu isyarat MITC sepanjang Jalan Tun Razak di Ayer Keroh di sini.

Kemalangan pada jam 3.40 petang semalam yang melibatkan tiga buah lori, tiga buah kereta dan empat buah motosikal mengakibatkan kesesakan sepanjang kilometer jalan itu menuju ke bandar.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata pemandu yang membawa lori sarat dengan makanan ayam dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki ke lorong seberang jalan.



Lori itu lalu merempuh kenderaan lain, termasuk sebuah lori dan treler kargo di persimpangan itu, tambahnya.

Pemandu lori yang dikenali sebagai R.Chandran Raja Retnam, 47, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya. Kemalangan itu juga turut membunuh seorang penunggang motosikal R.Mukeudan, 62, terperosok di bawah salah sebuah lori.

ACP Salehhudin berkata seorang lagi penunggang motosikal yang cedera parah kini dalam keadaan kritikal di Hospital Melaka.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks