blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kamera AES : TERIMA SAMAN Dalam 5 Hari, JELASKAN Dalam 60 Hari

Sunday, September 23, 2012

Salah sebuah kamera AES yang terletak di Ipoh, Perak.

Penggunaan kamera AES yang berkuatkuasa sejak malam tadi menjadi perhatian ramai pengguna hari ini. Kamera AES yang terletak di persimpangan lampu isyarat di Ipoh contohnya mampu merakamkan kesalahAN pengguna jalan raya yang melanggar lampu merah.

Sebaik kesalahan pengguna berjaya dirakamkan, mereka akan menerima saman dalam masa 5 hari. Setiap kompaun saman yang bernilai RM300 ini perlu dijelaskan dalam tempoh masa 60 hari.

Kamera AES ini mampu mengesan kesalahan pengguna jalanraya dari jarak 50 meter hingga 500 meter.


Read Full 1 comments

Inilah PEMILIK iPhone 5 PERTAMA DI DUNIA


Pemilik iPhone 5 yang pertama di dunia James dan Tamsyn Vohradsky. 


SYDNEY - Pada Jumaat (21/9/2012) lepas, iPhone 5 secara rasmi dijual di pasaran sembilan negara, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Inggeris, Kanada, dan Singapura. Siapakah pembeli pertama smartphone Apple ini?

Australia menjadi negara pertama yang menjual iPhone 5, kerana zon waktu Australia lebih cepat jika dibandingkan dengan negara lain. Maka, sudah pasti pemilik iPhone 5 pertama di dunia berasal dari Negara Kangaroo ini.

Seperti yang dilaporkan oleh ZDNet, pasangan adik beradik James dan Tamsyn Vohradsky berjaya menjadi orang pertama yang memiliki iPhone 5. Mereka berdua telah beratur selama lebih dari 17 jam di Apple Store di bandaraya Sydney.

James Vohradsky adalah orang pertama yang keluar dari kedai sambil membawa iPhone 5 berwarna hitam dengan wajah berseri, kemudian disusuli oleh adiknya, Tamsyn Vohradsky yang membeli iPhone 5 berwarna putih.

Ketika keluar dari Apple Store, mereka berdua terus diserbu wartawan untuk ditemubual tetapi mereka tidak banyak bercakap dan terus pergi.

Pasangan adik beradik ini memang sudah diketahui adalah penggemar produk Apple sejak dahulu lagi kerana sebelum ini juga mereka juga pernah beratur untuk mendapatkan iPhone 4S tahun lalu.
Read Full 1 comments

HOSPITAL Pekenal Mesin Automatik DERMA SPERMA (Jangan Tanya Lubang Itu Untuk Apa..)


Revolusi: Hospital Cina memperkenalkan mesin baru yang boleh mengeluarkan sperma kepada penderma

Sebuah hospital di China telah memperkenalkan sebuah mesin baru yang boleh membantu untuk mengeluarkan sperma kepada penderma. Menurut platform sosial Weibo, mesin automatik pengekstrak sperma itu telah diperkenalkan di sebuah hospital di Nanjing, ibukota wilayah Jiangsu.

Mesin yang berwarna putih, kelabu dan merah jambu itu mempunyai 'paip urut' di bahagian hadapan yang boleh dilaraskan mengikut ketinggian penderma.


Pengalaman baru: (Kiri) Seorang pelawat melihat mesin itu di sebuah pameran. (Kanan) Sebuah skrin kecil juga akan memainkan filem kepada pengguna

Kelajuan, frekuensi, amplitud dan suhu pada mesin ini juga boleh dikawal.

Ia turut mempunyai sebuah skrin kecil untuk memainkan filem yang dipilih pengguna untuk membantu mereka dalam proses pengekstrakan itu.

Pengarah Jabatan Urologi di Hospital Pusat Zhengzhou berkata mesin ini akan digunakan oleh pesakit yang mandul dan didapati sukar untuk mengeluarkan sperma dengan kaedah lama.

Sebuah laman web yang menjual mesin ini meletakkan harga GBP 2800 (lebih RM 13 ribu) dengan kata-kata promosi 'ia memberikan pesakit rasa yang sangat selesa.'




Read Full 1 comments

Butiran LOKASI Kamera AES Di 14 KAWASAN MAUT


Seperti yang semua sedia maklum, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah pun mula beroperasi tengah malam tadi di 14 ‘kawasan maut’ bagi mengesan pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. Berikut adalah lokasi dimana kamera AES itu ditempatkan.




Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera dipasang di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 ‘lokasi maut’ dalam fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini.


Semoga semua pengguna jalanraya berhati-hati selalu…operasi merabakkan poket anda sudah bermula, semoga JPJ dan kerajaan semakin kaya dan rakyat selamat.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks