blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kuih Bulan REFORMASI Sudah Berada DIPASARAN

Saturday, September 22, 2012

Sempena perayaan Mid-Autumn festival, Parti Keadilan Rakyat telah melancarkan kuih bulan reformasi di Taman Sutera Utama, Skudai Johor pada Jumaat lepas.

Pada tahun ini, kuih bulan yang dikeluarkan mempunyai tiga jenis yang berbeza iaitu kuih bulan berperisa teh hijau, teratai dan zamrud yang mewakili 3 parti utama di dalam Paktan Rakyat.


Read Full 0 comments

Muka Hadapan MAJALAH JERMAN Hangatkan Kontroversi ANTI-ISLAM


Ketua Editor Leo Fischer bersama dengan muka hadapan majalah "Titanic".

BERLIN – Majalah terbitan Jerman, Titanic, turut serta dalam menambahkan lagi kontroversi anti-Islam yang sedia panas sejak beredarnya trailer filem ‘Innocence Of Muslims’.

Edisi Oktober majalah ini memaparkan gambar isteri bekas Presiden Jerman Christian Wulff. Namun bukan perkara itu yang menjadi pertikaian, tetapi Bettina digambarkan sedang dipeluk oleh seorang pejuang Muslim yang memakai serban dan membawa pedang.

West Rises Up: Bettina Wulff Makes Film About Mohammed, itulah tajuk utama majalah yang akan berada di pasaran pada 28 September ini.

“Muhammad sedang diperkatakan dan inilah cara kami bereaksi,” kata Ketua Editornya Leo Fischer.

Fischer menjelaskan, Bettina turut menjadi topik perbualan setelah menerbitkan autobiografinya. Buku tersebut menyangkal tuduhan bahawa dia pernah bekerja sebagai 'call girl' dengan nama samaran Lady Viktoria.
Read Full 0 comments

Manisnya PUTERI Sultan Brunei Dan KERABATNYA BERTUDUNG Ketika MAJLIS PERKAHWINANNYA



BRUNEI - Bandar Seri Bagawan baru sahaja meraikan majlis pernikahan Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dengan Pangeran Haji Muhammad Ruzaini. Proses pernikahan puteri Sultan Brunei, Hasanal Bolkiah itu berlangsung dengan meriah di Istana Kesultanan Brunei Darussalam pada hari Jumaat (21/9/2012). Lebih manis pengantin perempuan, pengiring pengantin dan kerabat diraja Brunei lengkap bertudung melambangkan kepatuhan mereka kepada pegangan agama Islam yang kuat.

Hafizah adalah anak kelima Sultan Hasanal Bolkiah, yang juga merupakan salah seorang terkaya di dunia, dari isterinya Ratu Saleha. Sultan Hasanal Bolkiah memiliki 12 anak, terdiri dari lima putera dan tujuh puteri hasil daripada tiga perkahwinannya.

Hafizal dan Ruzaini sama-sama bekerja sebagai pegawai awam negeri. Hafizah yang merupakan sarjana pentadbiran perniagaan bekerja di Kementerian Kewangan manakala Ruzaini di pejabat Perdana Menteri.




Majlis pernikahan akan berlangsung selama seminggu lebih bermula dari hari Ahad (23/9/2012). Para pemimpin ASEAN dan perwakilan negara asing akan turut hadir dalam pesta tersebut.

Jumlah undangan yang akan menghadiri majlis tersebut belum diketahui. Sebagai perbandingan, pada majlis pernikahan pangeran Al-Muhtadee Billah pada 2004, seramai 2,000 undangan yang hadir termasuk anggota kerajaan Malaysia, Jordan, Inggeris, dan Jepun.

Pada upacara majlis kali ini, pengantin akan berada di istana dan dikawal siang malam. Namun, pengantin akan diperkenalkan kepada umum melalui perarakan. Pasangan pengantin akan dibawa menaiki Rolls Royce, yang juga merupakan kenderaan rasmi kerajaan.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks