blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Laporan TERKINI Himpunan PAS Bantah Filem ANTI ISLAM

Friday, September 21, 2012


KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi Himpunan Xpresi Hijau Kasih Nabi S.A.W. bagi membantah filem anti Islam, Innocence of Muslims anjuran Dewan Pemuda PAS di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini pada Jumaat.

2.40 petang: Kesemua wakil keluar semula dari Kedutaan AS dan berbincang sesuatu.

Memorandum sudah diserahkan kepada wakil Kedutaan AS dan sedang menunggu surat pengesahan penerimaan memorandum.

2.30 petang: Nasruddin bersama lima lagi wakil iaitu Salahuddin Ayub, Tian Chua dan Tuan Ibrahim Tuan Man dan Azmi (Pengerusi Teras) masuk ke dalam Kedutaan AS.

2.25 petang: Dianggarkan lebih 5,000 peserta himpunan di sepanjang Jalan Tun Razak bagi membuat demo bantahan filem anti Islam di Kedutaan AS.

2.20 petang: Peserta perhimpunan kini sudah berada di Jalan Tun Razak menghala Jalan Ampang, berhadapan dengan Kedutaan AS.

Polis masih mengawal keadaan di tengah-tengah Jalan Tun Razak.

2.15 petang: Perarakan diteruskan. Peserta bersorak "Bangkit Islam" dan "Islamiah".

Jalan Tun Razak kedua-dua hala ditutup untuk kenderaan.

Kedua-dua hala jalan dipenuhi oleh para penyokong PAS, berjalan menghala ke Kedutaan AS.

Polis berbaris panjang di hadapan Kedutaan AS bagi mengawal keadaan perhimpunan.

2.07 petang: Sebuah lori yang membawa pemimpin Dewan Pemuda PAS bergerak perlahan di laluan berlawan arah di Jalan Tun Razak menuju Kedutaan AS.

2.05 petang: Para peserta mula berarak ke Kedutaan AS.

2 petang: Para peserta sudah mula membanjiri Jalan Tun Razak menghala ke persimpangan Jalan Ampang dekat Ampang Park.

1.55 petang: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi memberi ucapan ringkas kepada para penyokong di luar Tabung Haji.

Beliau menegaskan tujuan himpunan untuk menyuarakan perasaan terhadap tindakan penghinaan ke atas Nabi dan Islam.

Beliau turut mengatakan ia adalah satu perhimpunan aman dan akan menjelaskan objektif apabila tiba di Kedutaan AS.

1.50 petang: Selesai solat Jumaat di masjid Tabung Haji. Kelihatan ramai penyokong PAS melaungkan sorakan takbir "Allahuakhbar" dan "Hidup Islam".
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks