blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Akhbar PERANCIS Pula Terbit KARTUN HINA NABI

Thursday, September 20, 2012

PERANCIS -  Akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo, sekali lagi menerbitkan kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW pada hari Rabu semalam (19/9/2012), sekaligus menyemarakkan kemarahan kaum Muslim setelah terbitnya filem murahan "Innocence of Muslims."

Pada muka hadapannya, Charlie Hebdo menampilkan kartun yang mereka gambarkan sebagai Nabi Muhammad SAW sedang duduk di sebuah kerusi roda dan seorang Yahudi Ortodox yang sedang menolak kerusi tersebut.

Dengan tajuk utama "The Intouchables" ia merujuk kepada sebuah filem pemenang anugerah Perancis tentang seorang lelaki berkulit hitam yang miskin dan menjadi penjaga seorang jutawan aristokrat dan menjadi sahabatnya.

Selain itu terdapat juga kartun lain yang mengejeknya dengan menggambarkan susuk tubuh yang dikatakan sebagai Rasulullah dengan keadaan telanjang.

Charlie Hebdo menolak cadangan beberapa orang daripada menerbitkan gambar kartun tersebut kerana boleh menimbulkan kemarahan umat Islam yang sedang dalam situasi tegang kerana fielm anti-Islam buatan AS baru-baru ini.

Tindakan provokasi Charlie Hebdo ini turut dikecam oleh tokoh Muslim dan Yahudi.

Ketua Masjid Agung Paris, Dalil Boubakeur merasa sedih dan risau hasutan dari Charlie Hebdo akan memperburukkan lagi protes dunia Islam, berikutant terbitan kartun ini dan manggalakkan umat Islam untuk menghadapinya dengan tenang.

Presiden Dewan Muslim Perancis Mohammed Moussaoui mengatakan bahawa tindakan hasutan untuk kebencian tidak dapat diterima.

"Tidak ada yang membenarkan penghinaan dan hasutan untuk kebencian," katanya.

Pihak Yahudi turut mengecam dan menolak terbitan Charlie Hebdo kali ini. Ketua Dewan Perwakilan Lembaga Yahudi di Perancis (CRIF), Richard Prasquier mengatakan penerbitan ini sesuatu yang "tidak bertanggung jawab."


Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks