blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

AHLI KELUARGA Pembuat Filem HINA NABI TINGGALKAN RUMAH

Tuesday, September 18, 2012

CALIFORNIA - Keluarga pengarah filem anti-Islam telah meninggalkan rumah mereka di California pada tengah malam semalam.

Jurucakap Polis Los Angeles berkata ahli kerluarga Nakoula Basseley Nakoula telah meninggalkan rumah mereka sekitar pukul 3.45 pagi Isnin (17/9/2012). Balai Polis setempat telah memberikan mereka tumpangan sementara kepada mereka setelah mereka berkumpul dengan Nakoula sebelum dibawa ke lokasi yang dirahsiakan.

Nakoula berpakaian yang menutupi penampilannya ketika meninggalkan rumahnya akhir minggu lalu.

Pihak berkuasa telah mengesahkan Nakoula sebagai individu yang bertanggungjawab di sebalik filem "Innocence of Muslims", sebuah filem yang merendahkan agama Islam dan menghina Rasulullah yang menimbulkan kemarahan kaum Muslimin di seluruh dunia.

Kemarahan kaum Muslimin di Libya yang ditunjukkan melalui aksi tunjuk perasaan di pejabat Kedutaan AS di Benghazi, berakhir dengan terbunuhnya Duta Besar AS di Libya. Negara-negara kaum Muslimin yang lain juga menunjukkan aksi tunjuk perasaan di pejabat Kedutaan AS di negara mereka untuk menunjukkan bahwa mereka tidak menerima penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks