blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Nasi Briyani PERCUMA Untuk 'LGBT'

Monday, September 17, 2012

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai briyani telah menjadikan garis panduan garis panduan untuk mengenal LGBT sebagai promosi lucu apabila menawarkan makanan percuma kepada lelaki yang memakai T-shirt ketat berkolar V, dan membawa beg tangan.

Bermula daripada perbualan akhirnya pasangan adik-beradik pemilik kedai Fierce Curry House Herukh dan Kubhaer T. Jeswant di Bangsar Utama membuat keputusan untuk menambah keseronokan dalam perniagaan mereka dan meraikan kepelbagaian pelanggan mereka.

"Apabila garis panduan itu keluar, kami rasakan ia adalah tidak masuk akal.

"Tetapi (promosi) ini bukannya bertujuan untuk menimbulkan pergaduhan dan pertelingkahan, kami sekadar merasakan ia akan menjadi satu konsep yang menarik untuk memberi makanan briyani percuma kepada 15 pelanggan lelaki pertama yang datang dengan berkolar V dan membawa beg," kata Herukh yang melancarkan publisiti ini di dalam Facebooknya.

Pada tengah hari semalam, pemilik restoran ini melanjutkan tempoh promosi mereka kepada 10 pelanggan lagi selepas menerima sambutan menggalakkan.

Menurut Kubhaer ada juga pelanggan wanita yang berpakaian T-shirt berkolar V dan membawa beg tangan tetapi mereka kecewa kerana tawaran itu hanya kepada pelanggan lelaki.

Yayasan Guru Malaysia Bhd dan Majlis Perundingan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Putrajaya, yang menganjurkan seminar keibubapaan di Pulau Pinang, telah mengedarkan garis panduan kepada para peserta pada hari Khamis lalu.

Antara lain, garis panduan itu berkata kecenderungan seseorang kepada lesbian, gay, biseksual dan transgenderers (LGBT) boleh dilihat di kalangan kanak-kanak lelaki yang memakai baju T-shirt ketat berkolar-V dan membawa beg tangan yang besar, dan gadis yang rapat dengan rakan yang sama jantina.

Kementerian Pelajaran bagaimanapun menafikan telah meluluskan garis panduan tersebut.



Kredit : The Star
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks