blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Read Full 0 comments

Naib Presiden PERKASA Dato' Yahya Lampong Umum KELUAR UMNO.

.
Azmin umumkan Naib Presiden Perkasa ini telah keluar UMNO dan menyokong PKR (bagaimanapun namanya sudah tiada dalam AJK PERKASA yang terbaru). Bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Yahya Lampong adalah individu kedua selepas Ketua Pegawai Eksekutif milik kerajaan negeri, Suria Capital, Ibrahim Menudin istihar menyokong Pakatan Rakyat hari ini

Sejauh manakah keikhlasan hati budi Yahya Lampong ini aku sangat tidak percaya. Dia juga pernah istihar keluar UMNO pada 1999 dan 24 jam kemudian merujuk semula menyertai UMNO. Ketika itu Pak Lah masih lagi menjadi Perdana Menteri.

"Saya telah berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi memberi penjelasan bagaimana saya terperangkap dalam permainan musuh politik saya sehingga termasuk ke perangkap mereka dalam Parti Bersekutu dan dikatakan akan menjadi calon berkenaan di kawasan Kuala Penyu.

''Saya terikut rentak mereka tetapi setelah disedarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, barulah saya faham bahawa perkhidmatan saya dalam UMNO masih diperlukan dan dihargai oleh pucuk pimpinan parti,'' katanya yang juga Pengerusi Sedco pada sidang akhbar pada 2 Mac 1999.

Cuba baca apa dia kata, Timbalan Perdana Menteri ketika itu Najib yang menyedarkan dia bahawa khidmatnya diperlukan dan terpedaya kerana akan menjadi calon. Woii..kalau lompat sana lompat sini sebab nak jadi calon baik duduk dalam PERKASA.

Aku harap jangan asyik kerana keghairahan PR hendak menawan Sabah, terlupa dengan tragedi kejatuhan kerajaan PR di Perak kerana individu-individu petualang yang tidak ikhlas berjuang kerana rakyat!.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks