blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

ISTANA Ambil Tindakan Terhadap GAMBAR KONTROVERSI KATE

Saturday, September 15, 2012
Gambar-gambar kontroversi itu muncul di laman web majalah Closer dengan tajuk 'Dunia Eksklusif; Kate dan William di Provence: Oh My God'

Istana St James hari ini mengesahkan bahawa Duke dan Duchess of Cambridge akan mengambil tindakan undang-undang bagi pelanggaran hak privasi terhadap penerbit majalah Perancis selepas mereka menerbitkan gambar kontrovesi Kate yang mendedahkan bahagian dada.

Difahamkan bahawa tujuan pasangan Diraja itu melancarkan prosiding undang-undang adalah untuk menghalang penggunaan gambar dan untuk mendapatkan ganti rugi. Disebalik semua itu, sekurang-kurangnya dua laman web gosip selebriti AS telah menunjukkan gambar tersebut.

Tindakan undang-undang ini juga dibuat selepas gambar yang menunjukkan kedudukan di mana jurugambar dipercayai telah mengambil gambar-gambar kontroversi ini dikesan. Kedudukan jurugambar yang berada sejauh lebih setengah batu jauhnya dari chateau di Provence di mana pasangan Diraja itu tinggal.


Tanda X menunjukkan kedudukan jurugambar yang mengambil gambar kontroversi Duchess dari sisi jalan di disebalik pokok di sekitar chateau.


Sedih: Pasangan itu dipercayai dalam perasaan yang sedih di atas gambar tersebut ketika sedang melawati Malaysia.

Dalam satu kenyataan ringkas istana berkata: 'Istana St James mengesahkan bahawa prosiding undang-undang bagi pelanggaran hak privasi telah bermula hari ini di Perancis oleh Duke dan Duchess of Cambridge terhadap penerbit Closer - Majalah Perancis.'

Gambar-gambar kontroversi itu yang telah diambil minggu lepas di Chateau D'Autet, pusat percutian mewah di Provence yang yang dimiliki oleh Viscount Linley, anak saudara kepada Ratu Elizabeth.

Beliau dikatakan telah menjanjikan William dan Kate kawasan istirehat dalam keadaan privasi sebelum mereka berangkat melawat Asia.

Satu sumber undang-undang di Nanterre, pinggir bandar Paris juga mengesahkan bahawa aduan telah difailkan di Tribunal tempatan Grande de instance terhadap majalah tersebut.


Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks