Peperiksaan UPSR 2012 baru sahaja tamat semalam. Pakar soalan-soalan ramalan peperiksaan besar di Malaysia,
Andrew Choo sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah pakar di dalam bidang ini. Rahsia ketepatan beliau dalam memberikan 'tips' peperiksaan sehingga tepat 100% menjadi rebutan ramai.
Bermula dari harga RM175 hingga RM230 anda mampu mendapatkan naskah soalan-soalan ramalan yang hampir tepat dengan peperiksaan sebenar.
(Lihat sini) Seminar yang diadakan oleh beliau juga kerap kali penuh.
Ia menjadi satu kelebihan bagi pelajar di kalangan keluarga berpendapatan tinggi dan tinggal di bandar, tetapi menjadi satu kekurangan bagi pelajar miskin dan di luar bandar. Inilah masalah ketara apabila pencapaian berteraskan peperiksaan diamalkan sejak sekian lama. Itu sebabnya aku setuju jika kerajaan bercadang memansuhkan peperiksaan UPSR kerana murid hanya belajar berdasarkan 'tips' dan bukannya kerana ilmu itu sendiri.
(klik untuk pembesaran)
Pastinya yang lebih beruntung adalah mereka yang mempunyai kehebatan dalam meramalkan soalan-soalan peperiksaan ini seperti Andrew Choo. Kelebihan yang ada pada mereka menjadikan mereka usahawan berjaya dengan caj antara RM160 hingga RM250 seorang setiap kali seminar diadakan.
(Lihat sini) Seminar yang dihadiri ratusan peserta membolehkan beliau mengutip puluhan ribu setiap kali diadakan. Itu bukan kesalahan beliau, Andrew Choo hanya mengambil peluang yang ada daripada sistem pendidikan negara kita. Sebagai ibu bapa, kita juga pastinya menghendaki tips soalan daripada Andrew untuk kejayaan anak-anak kita.
Kerana itu, jangan kita merasa hairan dengan individu yang berjaya dan kaya raya tetapi tidak mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang kerana individu ini belajar untuk hidup. Berbeza dengan individu yang cemerlang di dalam peperiksaan tetapi berpendapatan rendah dan kurang berjaya di dalam hidup kerana mereka ini belajar untuk peperiksaan!.